Thursday, August 7, 2008

Anak-anak kami

Inilah 4 orang cahaya mata kami. Seorang perempuan dan 3 orang lelaki.
1. Yasmin Nurzayan (Syamine). Born 1998.
2. Syamil Amzar (Am). Born 2000
3. Abdurrahman Sudais (Iman). Born 2005
4. Muawiyyah Sufyan (Yan-bu). Born 2008
Semuanya membotakkan kepala kerana adiknya Muawiyyah bercukur pada hari ke-7 untuk ditimbangkan rambutnya. Pas tu nilaikan dengan harga emas... tapi lum timbang pun. Lupa jer nak bawak rambutnya ke kedai emas untuk di timbang. Emmm sok kot?

Tengok tu... Yan-bu yang baru berusia 2 minggu pun dah pandai berposing.

Haa yang ni ada pulak bapak Yan-bu... iaitu YANSAB hahaha...

Hymm yang pasti minggu depan hari Rabu 13 August 2008 tentu aku merindukan mereka semua... Cuma dapat berkomunikasi di alam maya saja... Sedih pulak rasanya.. Mereka tentu menyebut-nyebut "mana ayah?", "ayah mana?".. terutamanya si Abdurrahman Sudais yang belum berapa mengerti. Dia cuma tahu cakap, "Ayah nak pegi Arab ee?". Dia tak tahu dia akan ditinggalkan agak lama... Paling tidak 6 bulan. Mudah-mudahan Allah beri kekuatan pada kami...InsyaAllah.

InsyaAllah tahun depan aku akan usahakan mereka akan menjejakkan kaki mereka ke Kingdom of Saudi Arabia. InsyaAllah mudah-mudahan Allah permudahkan perjalanan ini.
Biasalah setiap suatu kejayaan pasti perlukan pengorbanan. Pengorbanan inilah yang sedang kawan-kawan kita alami di sana. Namun, aku yakin ianya tidak akan lama berpanjangan. Paling lama 1 tahun saja. InsyaAllah.
Wasalam

No comments: