Pejam celik, pejam celik, dah seminggu kita berpuasa. Biasalah penghujungnya, mestilah HARI RAYA... Maka di sini, tak habis-habis cerita pasal balik kampung. Dari mula masuk kerja sampailah balik kerja... topik cerita, mesti cerita balik raya. Cerita pasal raya ni, Yansab bagi pelepasan cuti aidil fitri selama 7 hari... seminggulah tu. Maka ditambah dengan off day khamis dan jumaat di depan dan di belakang, jadilah ianya sebanyak 2 minggu. So, berpeluanglah mereka-mereka yang datang awal ke sini untuk balik berhari raya di tanahair bersama anak bini.
Bagi aku yang sebulan pun belum sampai.... maka, dapatlah aku menimba pengalaman berhari raya di Arab Saudi ni. Itulah untungnya datang lambat sikit... kalau tidak, tak berpeluanglah aku nak berhari raya di sini. Dari kecik sampai ke tualah jawabnya...asyik beraya di tempat sendiri je. Pengalaman beb. Pengalaman bukan boleh dibeli beb... ianya perlu dilalui sendiri. Kalau kita ada duit 8 juta sekalipun... tak boleh nak beli pengalaman. Itulah dia pengalaman berhari raya di tanah anbia. Hehehe tak sabar nak menimba pengalaman tersebut.
Wassalam
No comments:
Post a Comment