Wednesday, January 21, 2009

Cerita-ceriti : Palestine 1

Bismi Allah.

Nabi SAW bersabda: "Kelak, umat-umat lain akan mengerumuni kalian seperti orang-orang yang lapar mengerumuni hidangan mereka..". Salah seorang bertanya: "Adakah kerana bilangan kita sedikit pada ketika itu?". Nabi SAW menjawab: "Tidak, pada ketika itu bilangan kalian ramai, namun kalian adalah seperti buih di lautan... Allah akan menghilangkan perasaan takut dari hati musuh kalian dan Allah akan mencampakkan 'whan' kedalam hati kalian".. Salah seorang bertanya: "Apa itu whawahai Rasulullah?".... Nabi SAW menjawab: " Cintakan kehidupan dan takut mati". Hadis Riwayah Abu Dawwud dan Imam Ahmad.

Inilah zamannya. Zaman yang digambarkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana sabda baginda diatas. Palestine yang sekelilingnya dihuni oleh umat islam... yang jumlahnya lebih puluhan kali ganda ramainya daripada bangsa Yahudi... hanya mampu melihat saudaranya di kerumuni umpama mengerumuni hidangan dengan lahapnya... Kenapa? Kerana, 1. Musuh kita dah tak takut dengan kita dah.dan 2. kita terlalu sayang cintakan dunia dan takut mati! ... itulah yang Nabi SAW bagitahu kat kita.... sifat umatnya dihujung-hujung zaman ni.

Kemuncak kepada kejatuhan empayer Islam berlaku apabila British menakluki Iraq pada 1915. Pada 1917, Britain mempersiapkan penubuhan negara Israel dalam Deklarasi- Balfour. Justeru pada 11 November 1917, General Allenby mengetuai Britain menduduki Palestine lalu berkata: "Hari ini perang Salib telah berakhir".

Pada 1918, ibu negara khalifah, Istanbul mula ditakluki kuasa penjajah. Selat Bosporus mula jatuh dibawah kekuasaan Britain dan Perancis. Pada 20 November 1922, Bermula Persidangan Lausanne dimana Britain menuntut 4 perkara, iaitu:
1. Sistem Khalifah mesti dihapuskan.
2. Khalifah mesti dibuang negeri.
3. Harta khalifah mesti dirampas.
4. Negara Turki yang baru mesti didirikan diatas dasar sekular.

Musthafa Kamal mula mengugut dan bertindak licik bagi memastikan pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan tututan Britain, supaya menerimanya. Namun Musthafa Kamal gagal... tapi kemudiannya membubarkan persidangan parlimen secara paksa lalu membuat pemilihan baru. Selepas pemilihan baru itu, parlimen baru juga masih menolak tuntutan tersebut. Dia tetap menuruti kehendak Britain melalui konspirasi politik, secara paksa.

Dipendekkan cerita... akhirnya pada 3 Mac 1924, Khalifah dihapuskan dan diistiharkan sendiri oleh Musthafa Kamal di Istanbul. Pada hari yang sama juga Khalifah dikepung dan dibuang negeri. Negara-negara dari India hingga ke Afrika di'pecah perintah' oleh penjajah. Penjajah memberi kemerdekaan setelah merubah sistem pemerintahan kepada sistem sekular... macam Malaysialah jugak! Bila kita mula memisahkan agama....senanglah kita nak kena....

Pada Nov 1947: PBB mendeklarasi pemecahan Palestine dan ... tidak lewat dari 16 May, sebuah kerajaan sementara bagi kaum Yahudi akan mula berfungsi dengan sokongan dan bantuan dari PBB di Palestine..". 1948 Israel dideklarasi dan pengusiran kaum Muslimin diperhebatkan. Bermulalah siri-siri pembunuhan sehinggalah sekarang....hingga Masjid al Aqsa jatuh kepada kaum Yahudi... 61 tahun berlalu dan akan terus berlaku....

Wanita membalu, dicabul kehormatannya, anak-anak menjadi piatu....Lantas apakah yang dilakukan oleh kaum Muslimin???? "Kaum Muslimin di Baitul Maqdis telah meminta pertolongan dari kalian, dari para pemimpin kaum Muslimin yang khianat dan dari anak-anak umat Islam, yang mendakwa bahawa mereka ini merupakan para pengikut Rasulullah SAW...lantas apakah yang dilakukan oleh umat Islam? Apakah umat ini mengikuti apa yang dilakukan oleh Rasulullah? Tidak sama sekali dan saya bertanya kepada kalaian wahai kaum Muslimin.... bagaimanakah kelak kalian akan berhadapan dengan Allah SWT di hari kiamat.. Ketika kalian berdiri di hadapan Allah SWT yang mengetahui segala yang tersirat dan tersurat... Ketikamana yang bersama kalian adalah seorang anak dari kaum Muslimin di Palestine yang berkata... ya Allah... aku telah meminta pertolongan dari umat Islam... namun mereka tidak menjawap panggilanku....

Tanya pada diri kita... Tersahut tak kita dengan rintihan mereka? Tersahut? Lalu diam tengok saja? Emmm tanya pada diri sendirilah..... Malas aku nak sibuk-sibuk.

Namun ada beberapa cara yang kita mampu buat demi menyahut mereka....

1. DOA at least.
2. Sumbangan duit kepada mana-mana badan yang menganjurkannya.
3. Paling cekai pun support ler...
4. Boikot product semampu kita. Selagi ada option, janganlah pilih product dia orang.

Tak mampu boikot terus... kurangkan lah. Kalau dulu seminggu 3 kali pekena KFC, sekarang kurangkanlah jadi sebulan sekali ker...Oklah sampai sini dulu...

Sekian Wassalam.

JMD@yanbuKSA

No comments: