Bismillah.
Segala puji bagi Allah dan selawat keatas jujungan baginda Rasulullah SAW.
"Semua manusia dalam bahaya kecuali yang berilmu, yang berilmu pula dalam bahaya kecuali yang beramal dengan ilmunya dan yang beramal juga dalam bahaya kecuali mereka yang ikhlas amalannya"
Itulah gambaran betapa pentingnya ikhlas kerana Allah dalam amalan kita. Itulah 3 rangkaian penting untuk memastikan perbuatan amal kita ada ganjaran disisi Allah. ILMU-AMAL-IKHLAS.
Ilmu.
Merupakan pengetahuan yang membawa maksud kita tahu akan sesuatu. Kita perlu mengetahui akan perintah Allah dan juga laranganNya. Tidak boleh tidak kita perlu BELAJAR. Mesti kena belajar. Tidak ada manusia yang tahu sesuatu tanpa proses pembelajaran. Lihat saja diri kita. Tidak ada seorang pun dari kita yang tiba-tiba pandai membaca. Mesti belajar dan ada gurunya.
Amal.
Mana mungkin kita boleh beramal kalau tidak tahu? Setiap suatu amal ibadah perlu ada sumbernya iaitu al-quran dan hadis. Tidak diterima amalan yang kita tidak tahu dalilnya, walaupun amalan tersebut betul. Kerana betul itu hanyalah kebetulan. Bukan dari pengetahuannya. Maka perlulah kita mencari ilmu tentang amalan yang kita hendak beramal dengannya. Benda ini lah banyak berlaku dikalangan kita, beramal tanpa ilmu. Jenis ikut-ikut saja. Bila ditanya kenapa berbuat macam tu? Entah, semua orang buat macam tu...kata dia.
Ikhlas.
Hal ikhlas ni agak rumit. Kita tidak dapat tentukan keikhlasan seseorang dari mata kasar. Bagaimanapun terdapat suatu ukuran mengukur hilangnya keikhlasan sesorang. Antaranya:
1. Tahu tapi tidak mahu mengamalkannya.
2. Alpha, lalai, tak ingat.
3. Tidak mampu mengubah orang lain.
Sedangkan tanda yang ikhlas itu antaranya:
4. Tidak kisah apabila dipuji atau dicemuh
5. Tetap berkata benar walaupun dimarahi.
Begitulah antara kayu ukur keikhlasan. Aku berpendapat setiap suatu perlu dilatih. Jangan jemu belajar. Jangan jemu beramal. Begitulah seterusnya. Kalau tidak yang ini ikhlas, barangkali saat akhir hayat kita, kita ketemui juga keikhlasan yang dicari. InsyaAllah. Kita sentiasa belajar dari pengalaman yang lalu, dari kesilapan yang lalu.
WaAllahuaklam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment