Tuesday, June 10, 2008

>Shift 12 jam untuk Pakatan Technician

Bismillah. Hari ini Isnin Jun 9, 2008 menjadi hari bersejarah kepada Pakatan Technician (PT) apabila pihak HRD Titan telah mengumumkan bahwa tuntutan PT supaya mengembalikan kita kepada shift 12 jam berjaya akhirnya. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sama-sama berjuang, juga kepada department head kita yang sebenarnya dipihak kita.

Beriringan dengan kenaikan harga minyak petrol baru-baru ini, shift 12 jam dapat mengurangkan kekerapan kita pergi berkerja justeru mengurangkan sedikit perbelanjaan minyak kita. At least berjimatlah juga... ye tak?. Walangkopo news mendapatkan respon dari rakan-rakan lain tentang isu ini. Seorang boardman TPC2 berkata melalui temubual di YM mengomen, "sy rasa ini adalah 1 mekanisma yg bijak, di kala harga minyk naik, pekerja perlu mengurangkan kadar hari bekerja. kalau dulu 1 cycle kita perlu 8 hari berulang alik ke tmpt keje, tp dgn pelaksanaan shift 12jam kita hanya perlu 4 ari aje. kan jimat tu, mcm kedai G-mart kat kg aku.." Begitulah betapa seronoknya mereka bila mendengar berita ini.

Ya, kita menang di sini. Tapi kita kalah di sudut yang lain pula. Kita bakal kehilangan rakan-rakan yang dah nak berhenti. Yang nak berhijrah dari Titan. Mereka semuanya otai-otai belaka. Berpengalaman jatuh bangun bersama Titan lebih dari 7 tahun. Apakah Titan lambat bertindak, kerana permintaan kita supaya kembali kepada shift 12 jam sudah hampir 5 tahun kot?

Itulah hakikat kehidupan kita. Datang dan pergi... kita perlu menerimanya bahawa rezeki Allah ada dimana-mana. "Sesungguhnya setiap makhluk yang bernyawa telah dijamin akan rezekinya". InsyaAllah. Kepada rakan-rakan yang sudah bertekad untuk merantau, semoga maju jaya.

Apa-apahal pun, kita akan menjalani semula shift 12 jam. Nampaknya aku perlu menyusun semula program-program yang sudah lama aku programkan. Emm nak kena penyesuaian semula juga nih...

Wasalam

2 comments:

Rashid a.k.a apex said...

nampaknya saranan gomen supaya ubah cara hidup bertepatan ngan pekerja titan.. kita mmg kena ubah schedule hidup kita..

takde lg masa tgh mlm bila jiran sebelah tutup gate, kita bukak gate nak pegi keje..
takde lg ketika bersiar2, tgh ari kena g keje.. semuanya akan kembali normal..
takde lg istilah tak cukup rest pabila keje 16jam..
dan bermacam2 lg yg akan 'takde' yg dalam tempoh 5 tahun lepas ade..

sememangnya kita telah mencapai kejayaan pd ari ini, tp igt kejayaan pd ari ini belum tentu akan menjamin kejayaan di masa depan..

aku kena cari hobby skang ni, dah byk sgt waktu senggang start bulan depan..

Anonymous said...

Apalah maknanya keje 12 jam...
Setelah kita kehilangan Lobo,Yunos,Azali yang menjadi nadi dan tulang belakang dan tidak keterlaluan jika aku kata sebagai sebahagian dari kejayaan O&A(formerly known as TPC) hari ini.

Apalah maknanya keje 12 jam...
Jika kita bakal kehilangan Rosle, Hj Azhar,Bahrin,Jais,Hj Rosidi,zainuddin yang amat besar sumbangan dan komitmen mereka kpd plant paling canggih di pasir gudang ni....

Apalah maknanya keje 12 jam...
kalau sampai skarang ni aku blum dapat CA!!!!!

Nizam A