Bismillah. Alhamdulillah dan selawat keatas baginda Rasulullah SAW.
Larangan meninggikan suara kepada mak bapak. Perbuatan memarahi mak bapak adalah perbuatan yang diketogorikan sebagai dosa besar. Islam melarang kita menengking atau berkasar terhadap mak bapak kita, walaupun mak bapak kita tu ahli maksiat. Ketidakpuasan hati anak-anak kepada mak bapaknya perlu dilakukan dengan berhemah, berhikmah. Sebagaimana Saad Abu Waqqas terhadap maknya dan Abu Hurairah terhadap ibunya.
Saad Abu Waqqas
Saad Abu Waqqas adalah antara 10 yang dijamin masuk syurga oleh Nabi SAW. Pada awal pemelukannya dalam islam telah ditentang habis-habisan oleh ibunya. Ibunya mengugut untuk membunuh diri dengan tidak makan, tidak minum selagi anaknya tidak kembali kepada anutan asalnya. Masyarakat masa itu mengecam Saad kerana sanggup membunuh ibunya kerana islam. Lalu Saad secara berhemah berkata kepada ibunya, "Wahai ibu, kalau ibu mempunyai 20 nyawa sekalipun (20 kali mati), anakmu ini akan tetap menganuti agama yang Muhammad SAW bawa".
Begitulah jawapan Saad yang lembut tapi tegas sehingga ibunya mendengar lalu terduduk. Begitulah layanan sepatutnya.
Abu Hurairah.
Siapa yang tidak kenal Abu Hurairah? Periwayat hadis-hadis nabi. Pada satu hari Abu Hurairah mendengar suara ibunya memaki dan menghina Rasulullah SAW. Mendengar itu, Abu Hurairah menangis. Tak sanggup dia mendengar maki-maki terhadap Rasulullah... lebih-lebih lagi dari mulut ibunya sendiri. Dia pun berlari menuju Rasulullah menceritakan dan meminta supaya Nabi mendoakan untuk ibunya supaya masuk islam. Selesai doa nabi, dia pun berlari pulang ke rumah. Alangkah gembiranya dia bila didapati ibunya sedang bersolat.
Begitulah cara yang berhikmah yang perlu kita ambil bila melalui situasi seumpama itu. Jangan terlalu mudah melenting. Lakukan dengan hemah. Dengan berhemah, ia akan meninggikan iman kita dan menimbulkan kesedaran pihak yang satu lagi. Win win situation kata orang putih. InsyaAllah. Mudah-mudahan memberi sedikit manfaat.
WaAllahuaklam
No comments:
Post a Comment