Tuesday, June 10, 2008

Catch and Release

Bismillah.

"Sesungguhnya Allah melaknat perbuatan mempermainkan atau berseronok keatas benda yang ada roh sebagai permainan". Ini bersabit dengan tindakan beberapa orang sahabat yang menjadikan burung sebagai sasaran memanahnya. Perbuatan ini ditegur!

Ini termasuklah dengan melastik burung dan memancing 'catch and release' yang sudah jadi kegiatan berseronok sesetengah kaki pancing. Mereka kata "keseronokannya ialah sewaktu berlawan dengan ikan". Walhal ikan itu terseksa... jadi seronok dia pulak!? Ketahuilah bahawa perbuatan ini membawa laknat.

Islam tidak melarang kita memancing untuk dimakan ikannya. Yang jenis catch and release ini menyiksa haiwan sebenarnya. Kalau iye pun nak seronok, bawalah balik ikan itu dan sedekahkan kepada yang seronok makan ikan pulak. Kan dapat pahala.... Tapi, manusia ni memang pelik perangainya... kemudian jadi keseronokkan pulak.

Dalam hal makan pun kita dah nampak peliknya dah. Apa taknya, setengah kita sanggup ke Batu Pahat kerana nak pekena beryani gam.. walhal dekat-dekat rumah dia pun ada kalau tujuannya nak kenyang. Tapi kerana nak seronok kita sanggup. Malangnya kalau nak berjemaah di mesjid depan rumah pun, dia tidak sanggup. Kenapa? Kerana beramal ibadah bukan keseronokan kita.

Demi memenuhi seronok nafsu kita, kita sanggup lakukan walaupun sampai bersusahpayah. Tapi dalam hal akhirat, kita tidak mampu walaupun sangat mudah....

WaAllahuaklam.

No comments: