Tuesday, June 10, 2008

Minyak milik rakyat

Artikel ini dipetik dari Harakahdaily dan ditambah untuk sedapkan lagi.


Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa mendedahkan bahawa Petronas ditubuhkan oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussien pada tahun 1974 bagi memastikan harga minyak di negara ini sentiasa berada pada tahap rendah sekalipun harga minyak dunia meningkat.

Menurut Husam, Petronas hanyalah pengawal kepada sumber minyak yang sebenarnya ialah milik rakyat, dan Petronas tidak boleh kata sumber minyak dan keuntungan itu milik mereka. Ini kerana keuntungan itu sebenarnya perlu digunakan untuk melindungi harga kerana pemilik asalnya adalah negara iaitu rakyat Malaysia, ujarnya. Bukan Pak Lak yang punya... Bukan UMNO yang punya...tapi rakyat Malaysia yang punya!

"Ini bermakna, harga minyak dunia boleh naik tetapi harga minyak negara perlu lebih rendah daripada harga minyak dunia, ini konsep yang menyebabkan Petronas ditubuhkan.

"Fungsi utama Petronas bukan semata untuk keuntungan, Petronas boleh bergerak mencari keuntungan tetapi keuntungan itu adalah mesti digunakan untuk rendahkan harga minyak Malaysia, bukan hanya untuk rekodkan keuntungan dan berbangga dengan keuntungan besar itu tetapi tak mahu gunakan wang itu untuk rakyat," ujar Husam.

Ini semua membuktikan Malaysia mampu memberi subsidi kepada rakyat untuk mengekalkan harga pada kadar yang rendah dan dengan itu mengurangkan beban rakyat jelata dan membolehkan rakyat ada cukup wang untuk dipusingkan dalam ekonomi, katanya.


Masalahnya ada dikalangan rakyat yang akur dengan kenaikan minyak ini. Tak pe asalkan pembangunan boleh diteruskan. Pembangunan mendenya kawan? Diaorang create projek, pas tu bagi projek tu kat anak beranak diaorang. Maknanya duit rakyat diagihkan kepada anak beranak dia... pas tu kita nak melawat,melancung kat tempat tu kena pulak bayaran? Pas tu kita pun berbangga. Yang bodoh-bodahlah... Macam aku tak ler, pasal tak de koje nak pegi tempat2 macam tu. Itu namanya tolong buatkan... bukan buat untuk rakyat. Kalau setakat tolong buatkan macam itu, orang tak de SRP pun boleh jadi PM Malaysia.



Wasalam

1 comment:

Anonymous said...

Aku rasa premis "menyokong tiada subsidi minyak untuk terus melihat pembangunan" tu tak berapa kuat.

Sebelum ni masa ada subsidi minyak, project2 kerajaan semuanya pergi ke kroni-kroni. Jadi, dalam situasi sekarang ni kalau subsidi minyak terus diadakan, adakah masalah tersebut akan selesai? Tentu tidak bukan?

Aku rasa mechanism pengagihan hasil yg perlu diperbaiki. Perlu lebih tulus. Perlu diperdebatkan lagi supaya orang yang benar2 miskin (tanpa mengira bangsa dan agama) perlu diberikan peluang untuk mendapat pendidikan (tinggi) percuma, kemudahan kesihatan (yg berkualiti) secara percuma, peluang untuk berniaga (tanpa meminjam along) dan tempat tinggal yg sederhana tapi sempurna (bukan rumah flat kecik 2 bilik utk 6 orang).

Tentang subsidi dari Petronas tu, aku rasa tak adil utk Petronas terus keluarkan subsidi kepada rakyat Malaysia. Bayangkan yg Petronas terpaksa bersaing dengan gergasi2 minyak dunia untuk dapatkan project2 antarabangsa (e.g. Exxon, BP, Shell, TotalFina, Chevron, Statoil dsb). Di dalam ranking syarikat tenaga (energy company) pun, Petronas tidak termasuk dalam kedudukan 20 teratas dunia (http://www.businessweek.com/adsections/2005/pdf/0547_platts.pdf). Malah Farmosa Chemicals lebih tinggi rankingnya dari Petronas!. Bagaimana Petronas terus boleh bersaing kalau modalnya dikurangkan?. Minyak di Malaysia semakin berkurangan dan Petronas (yg diterajui Melayu) perlu menonjol di pentas dunia. Tiada pilihan lain. Biar berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian…

Aku rasa kita kena realistik dengan keadaan sebenar. Aku pun sokong Pas masa PRU baru2 ni. Tapi aku rasa politician (dari mana2 pihak pun) akan terus bercakap untuk mendapatkan sokongan. Yg paling penting bagi aku ialah kita mesti siapkan keluarga kita untuk menghadapi kemungkinan yg paling realistik di masa hadapan.

Btw, terima kasih kerana memberi peluang saya bergebang disini.