Saturday, June 14, 2008

Larangan dalam agama - 9 May 2008

Bismi Allah.

Kuliah hari ini bersambung dengan huraian hadis-hadis yang menerangkan larangan-larangan yang boleh mendatangkan dosa besar yang berlandaskan syarak. Perlu dinyatakan disini bahawa mengetahui segala larangan Allah adalah menjadi kewajiban kita sebagaimana perlunya kita mengetahui perintah-Nya.

> Larangan bermusuhan sesama orang beriman.

Riwayat Muslim: "Sesungguhnya segala amalan akan dibentangkan pada setiap hari Isnin dan Khamis. Allah akan mengampunkan orang yang beriman yang tidak mensekutukan Allah, kecuali mereka yang bermusuhan sesama orang beriman (ahli kblat). Tidak akan diampunkan melainkan setelah berdamai.

Hadis yang lain, "Syaitan telah berputus asa untuk menjadikan orang beriman yang mendirikan solat menyembahnya. Tetapi syaitan berjaya menjadikan mereka berbalah"

Dalam hal khilaf misalnya, kita perlu berlapang dada, bersifat terbuka selagi ianya masih dalam kerangka islam. Sekiranya perbalahan tersebut adalah di dalam perkasa asas seperti maksiat dan kemungkaran, ianya dikecualikan. Setiap maksiat dan mungkar mesti ditegah.

Hadis berikutnya, "Sesiapa tidak bertegur dengan saudaranya selama 1 tahun, samalah umpama kita berbunuh/menumpahkan darahnya".

Juga hadis, "Tidak halal saudara yang beriman itu meninggalkan saudaranya lebih dari 3 hari".

Juga yang berbunyi, "Tidak halal bagi orang islam berpaling sesamanya tatkala bertemu."

Sebagai orang beriman, apabila berlaku selisih faham, sebaiknya kita bersifat berlapang dada. Jangan sampai melebihi 3 hari tidak bertegur. Memadai dengan memberi salam kepadanya sebagai syarat kita sudah berdamai. Walaupun salam kita tidak dijawap. Bahagian kita, selesai. Sebaik-baiknya kita sentiasa berringan mulut untuk ucapan salam. Kerana yang terbaik bagi kita ialah yang memulakan salam.

> Larangan berbisik apabila bertiga dengan meminggirkan salah seorang.

Firman Allah: "Berbisik itu perbuatan syaitan".

Hadis 1: "Apabila kamu bertiga, janganlah kamu berbisik berdua dengan meninggalkan seorang lagi. Kalau nak berbisik, lebihkanlah daripada 3 orang."

Hadis 2: Ibnu Umar menceritakan, "kalau kamu bertiga, jika hendak berbisik, berbisiklah dengan ketiga-tiganya. Lalu sahabat bertanya, "kalau berempat?". "Yang begitu tidak mengapa" kata Ibnu Umar.

WaAllahuaklam

No comments: