Monday, June 16, 2008

Bersegera Menebus Kesalahan

Bismillah.

Syuib menceritakan: "Kami ada 7 beradik dan memiliki seorang khadam. Seorang daripada kami melempang khadam tersebut. Lalu cerita ini sampai kepada Nabi SAW. Nabi menyuruh kami memerdekakan khadam tersebut sebagai tebusan/kafarah".


Riwayat Muslim, Abi Masud menceritakan, "Pada satu hari aku marah dan geram kepada hambaku lalu memukulnya. Tiba-tiba aku terdengar suara seseorang menegur perbuatanku tadi. Jelaslah yang menegurku itu ialah Rasululluh SAW seraya berkata, 'ketahuilah bahawa Allah lebih berkuasa mengazab kamu lebih daripada kamu menyiksa orang bawahan kamu'. Terdengar tegurab tersebut, maka terlepaslah cemati dari tanganku lalu aku berkata "Wahai Nabi, aku merdekakannya kerana Allah dan sebagai tebusan kepada kesalahanku"

> Dari hadis di atas jelaslah bahawa para sahabat akan cepat-cepat menebus setiap kesalahannya dengan perbuatan kebaikan. Begitulah seharusnya sikap kita. Jangan berlengah untuk bertaubat, menyesali setiap kesalahan kita dan menbusnya dengan apa-apa perbuatan kebaikan. Selain dari itu sifat taatnya para sahabat kepada Rasulullah semestinya menjadi contoh kepada kia. Mereka langsung tidak berdalih untuk tidak melakukan ketaatannya. Berbanding kita.. ada saja helah kita bila tidak dapat melakukan sunnah Nabi.

> Ya sifat marah sebenarnya tidak memberi keuntungan pada kita, sedikit pun, malah memenangkan pihak iblas pula. Namun kalau dah terbabas juga, bersegeralah berbuat kebaikan untuk menebusnya. Dan memujuknya kembali.

> Janganlah sampai Allah jadikan kita terkenal dengan sifat buruk kta. Sentiasalan menunjukkan akhlak mulia. InsyaAllah.

WaAllahuaklam

No comments: