Dari Ibnu Abbas, "Pasa satu hari Nabi SAW jumpa seekor keldai yang dimukanya terdapat tanda 'cop' sebagai tanda milik kepada si pemunya. Nabi melarang wajah binatang di'cop' sebagai tanda milik. Nabi menyuruh pemilik keldai itu merawat muka keldai tersebut dan menyarankan supaya meng'cop' di lain bahagian pada keldai itu".
> Muka adalah bahagian paling mulia samada binatang mahupun manusia. Kita juga adalah dilarang memukul anak-anak di bahagian muka. Nabi juga melarang para sahabat memukul isteri-isteri mereka. Lalu Umar r.a berkata, 'Ya Rasululluh, isteri-isteri kami naik atas kepala kami' Seterusnya Nabi berkata, 'Pukullah tapi jangan sampai mencederakannya'. Ya, islam membenarkan suami memukul isteri (bab nusyuz) sebagai last action.
> Kita tidak digalakkan meng'cop' tanda milik binatang-binatang pada bahagian mukanya. Kalau nak cop sangat, coplah dibahagian lainnya.
Pada suatu masa Nabi menghantar satu pasukan tentera untuk memburu 2 orang kafir dan memerintahkan supaya membakar kedua orang kafir tersebut dengan api. Setelah itu nabi kemudiannya berkata, 'Jangan seksa dengan api, tapi dibunuh saja'.
> Kita dilarang membunuh musuh dengan api kecuali pada situasi tertentu. Misalnya musuh bersembunyi di sebuah rumah, dan boleh dibakar setelah memberikan mereka amaran.
Peristiwa itu juga terjadi pada Ali r.a. Ali mendapat tahu bahawa Abdullah Saba' telah mengasut pengikutnya supaya mendewa-dewakan Ali. Malah menyembahnya. Ali marah lalu menangkap dan membakarnya. Peristiwa tersebut sampai kepada Abdullah Abbas lalu mengur perbuatan tersebut. Ali beralasan dia tidak menetahui tentang larangan tersebut.
> Kesalahan kerana tidak tahu adalah dimaafkan. Namun mestilah dia dalam keadaan sedang belajar. Bagi yang jahil dan tidak mahu belajar, tidak dapat dimaafkan.
> Ilmu Allah itu teramat luas. Mengingatkan ini, akan menjadikan kita lebih tawadduk.
WaAllauahkam
No comments:
Post a Comment