Friday, June 6, 2008

Pesanan Buatku

Bismi Allah al-Rahman al-RahimSegala puji bagi Allah, rabb sekelian alam dengan sebenar-benar pujian. Selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad S.A.W juga kepada keluarga, para sahabat dan pengikut-pengikutnya.

Wahai aku, ketahuilah bahawa tidak diciptakan aku ini melainkan untuk menyembah Yang Maha Pencipta. Jangan sekali-kali engkau lalaikan akan sebab keberadaan engkau di alam ini! Matlamat dan tujuan engkau cuma satu... iaitu menuju akhirat dan engkau di beri dua pilihan iaitu syurga ataupun neraka. Ketahuilah bahawa pilihan engkau itu mengikut amalan engkau waktu di alam dunia. Pilihan beramal juga ada dua, iaitu yang baik atau sebaliknya. Amalan baik, syurgalah tempatnya. Amalan jahat, nerakalah tempatnya. Maka perhatikanlah amalanmu itu sebaik-baiknya.

Allah berfirman (al-Kahfi 107):
Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

Wahai aku, sesungguhnya secara umumnya semua manusia mengimpikan syurga. Tanyalah pada semua manusia samada yang beriman, yang fasik, yang munafik dan yang kafir. Pasti mereka menjawab sebagaimana yang engkau jawab. Iaitu berkehendakkan syurga. Betul tak?

Wahai aku, sedarlah bahawa ayat diatas Allah menyebut bahawa syurga itu adalah untuk orang-orang yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH. Maka siapa itu orang yang beriman dan beramal soleh tersebut?Secara fitrahnya, manusia tidak boleh lari dari pengharapan, pergantungan terhadap tuhannya. Kepada siapa lagi nak dituntut ganjaran syurga yang diimpikan kalau bukan kepada Penciptanya?

Sesungguhnya katahuilah bahawa Allah berfirman: surah ali-Imron ayat 18.
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya Dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) Dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang Yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga Yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. dan sesungguhnya : agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah IslamKetahuilah bahawa Jesus, Uzair juga batu-batu berhala atau makhluk-makhluk lain tidak pernah mengaku atau menyuruh supaya manusia menyembah kepadanya. Namun Allah Taala menerangkan bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Diakui pula oleh para malaikat serta orang-orang berilmu. Dialah Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Al-Baqaroh (255) :
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya).

Jelaslah bahawa perkara pertama iktiqad engkau ialah kalimah Tiada Tuhan Melainkan Allah.

WaAllahuaklam

No comments: