Saturday, June 7, 2008

Perbuatan Yang dilaknat

Bismillah. Alhamdulillah kesyukuran kepada Allah kerana masih memberi kesempatan untuk aku duduki kuliah ini dan mengkongsikan sesuatu bersama rakan-rakan semua. Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW, ahli keluarganya, para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya dari semasa ke semasa hingga hari kiamat.

Kali ini perbahasan adalah tentang bab yang menerangkan pengharusan untuk kita melaknat pelaku maksiat dan pelaku bid'ah dengan syarat tidak menyebut nama pelakunya. Dibolehkan dengan menyebut perbuatannya saja. Firman Allah: "Laknat Allah sentiasa bersama orang-orang yang zalim". Ini membenarkan kita untuk sama melaknat perbuatan orang zalim. Kita tidak boleh iktiraf, sokong, lindungi sesuatu yang Allah sendiri melaknatnya.


Apa itu laknat?
> Ianya menafikan rahmat Allah terhadapnya.
> Allah murka, benci dengan perbuatan tersebut.


Laknat juga boleh disandarkan kepada Allah, RasulNya, orang soleh juga kepada orang awam. Nabi pernah menyebut "Takuti 2 kumpulan manusia yang akan melaknat kamu". 2 golongan itu:
1. Orang yang berak di atas jalan laluan orang ramai.
2. Orang yang buang najis di bawah pokok, tempat berteduh, pokok buah-buahan dan sebagainya.

Allah melaknat orang zalim. Dan kezaliman terhadap Allah yang paling besar adalah syirik dan mengingkari ajaran agama samada yang kecil mahupun yang besar sedangkan kita mengetahuinya (ada ilmu tentangnya).

Kelakuan yang membolehkan kita melaknat pelakunya ialah:
1. Menyambung rambut dan penyambung rambut. Ini termasuk juga yang memakai rambut palsu.
2. Kerja membuat tatu dan yang meminta untuk ditatu.
3. Merenggangkan gigi supaya nampak muda.
4. Memakan riba, wakil riba, menulis perjanjian, menjadi saksi kepada suatu urusan yang mengandungi riba.
5. Mengukir patung danmenjadikan ia perhiasan.
6. Mengubah sempadan tanah untuk tambah kawasannya.
7. Perbuatan mencuri samada kecil atau besar.
8. Melaknat mak bapak. Contohnya "celakan punya bapak kerana tidak mengajar aku...". Walau sejahat manapun perbuatan orang tua kita, hendaklah kita mamberi nasihat, bukan mencelakakannya. Ini termasuk juga menjadi penyebab mak bapak kita dilaknat. Contohnya, bila kita mencelakakan mak bapak orang lain. Dengan sebab itu dia pula mencelakakan mak bapak kita.
9. Menyembelih binatang dengan tujuan selain dari Allah. Pastikan tujuan sembelihan kita ada sangkutpautnya dengan syarak. Aqiqah atau korban misalnya.
10. Melakukan, melindungi perbuataan bid'ah. Bid'ah ialah suatu yang tidak ada kaitan dengan agama tapi disandarkan pada agama. Memakai kayu koka misalnya. Kemudian menyebut kelebihan kayu tersebut dengan hujah hadis-hadis palsu. Kalau betul ada kelebihan kayu tersebut, para sahabatlah yang pertama mengamalnya. Antara yang warid mengenai kelebihan ialah madu, habatussauda, tamar madinah.

Itulah antara perbuatan yang Allah melaknat pelakunya. Laknat memberi kesan kepada yang terkena. "jangan ada suatu yang dilaknat mengiringi perjalanan kita" kata nabi. Maka janganlah sewenang-wenang mencelakakan suatu. Contohnya, "celaka punya kereta, tayar atau apa-apa benda yang seperti itu, akan mengembalikan laknat kepada yang menyebutnya iaitu kita.

WaAllahuaklam

No comments: