Monday, July 28, 2008

Penantian

Bismi Allah.

Penantian
Penantian menunggu kelahiran sudah berlalu. Alhamdulillah, kami dikurniakan cahaya mata lelaki ke-3. Semuanya berjalan lancar. Kini penantian kedua menjadi debaran yang berikutnya... iaitu penantian tiket untuk ke Yanbu. InsyaAllah kalau mengikut rancangan awal sebagaiman yang telah dimaklumkan kepada thinkplus, aku bersedia untuk departure on 18 Aug 2008. Makluman telah diberi, cuma menunggu tiket saja. Barangkali pernerbangan bersama Dino dan beberapa orang rakan dari TPE? Entahlah.... cuma satu penantian.....

Persediaan
Selain dari persediaan barang keperluan, mental fitness perlu lebih disediakan sebaik-baiknya. Apa tidaknya... aku akan bersendirian dirantauan. Yang ada cuma kawan-kawan saja. Sedar-mara kat sana....jauh sekali. Sakit pening, makan pakai semua nak diuruskan sendiri. Kembali macam zaman bujang-bujang dulu yang sudah berbelas tahun aku tinggalkan. Pergh.. susah jugak tu beb. Kena basuh baju, ngemas tempat tidur,... argh yang aku tak reti tuuuu. Masak? Masak air boleh lah...

Persediaan berkomunikasi... alhamdulillah. Semuanya beres. Everything ready. Keperluan anak bini? InsyaAllah semuanya ok. Diaorang tinggal gunakan saja... Segala bildan apa-apa bayaran akan aku uruskan. Semuanya dah di SI kan dah.

Penyesalan
Ada 2 kemungkinan untuk sesal, iaitu:
1. Nyesal tidak pergi
2. Nyesal pergi
So, kepada yang masih belum buat decision, pilihlah nak nyesal yang mana satu. Atau kalau tak nak guna kata sesal, kita tukar dengan perkataan untung, maka:
1. Untung tidak pergi
2. Untung pergi
So, pilihlah yer.

Yang pasti kita mempunyai perspektif yang berbeza di dalam satu persoalan yang sama. Masing masing berhujah berdasarkan kekuatan dan keupayaan diri masing-masing. Maka terhasillah keputusan atas pertimbangan masing-masing. Pertimbangan yang merangkumi diri sendiri, anak-anak, isteri-isteri dan mak bapak masing-masing. Betul tak?

Jadi walau apa pun keputusannya, belajar-belajarlah untuk mengharunginya dengan bijaksana. Tidak ada apa yang nak disesalkan... Bukankah itu keputusan yang dah kita pilih setelah dikaji buruk baiknya?

Matlamat yang satu
Walauapapun keputusan kita, janganlah kita terlupa dengan matlamat hidup ini. Kalau kita ambilkira 63 tahun sebagai akhir umur kita, berapa tahun yang tinggal? Kalau sekarang ini usia kita 40 tahun, maka kita ada 23 tahun saja lagi untuk mengecapinya. Itu pun kalau game overnya 63 tahun. Mungkin lebih awal dari itu, ye tak? Pastikan kita sudah ada perancangan untuk menghadapi saat kematian kita. Persediaan apa yang diperlukan untuk menghadapinya? Ya...perbanyakkanlah amalan-amalan ahli syurga walau dimanapun kita berada. Itu yang penting. Ye tak?

WaAllahuaklam.

No comments: