Bismilllah.
Assalamualaikum. Semalam 31 July 2008 hari Rabu, jam 3 petang, aku meletakkan jawatan berkerja di Titan Petchem (M) Sdn Bhd setelah bersamanya sedari 1 Jan 1993. Seingat aku, rakan yang sama joint dengan aku ialah Thiru, Md Lazim, Omar Majid, Ahmad AE, Nordin MN, Nizam Maulud dan Ragunathan. Semuanya dah lama resign kecuali Ragunathan. Yang interview aku ialah Yahya AY (dulunya supervisor), Tan Soo Kong (dulunya superintendent) dan Julio Pagero (Manager).
Sejarah aku di Titan
Lebih kurang 15 tahun 7 bulan aku di Titan. Kalau usia manusia, dah tingkatan 4 dah. Fuhhh lama tu. Oleh yang demikian, perasaan sapa yang tak haru? Bukannya aku tidak berkenan dengan Titan. Semua rakan sekerja very close each others. Baik tehcnician, supervisor, superintendent, managers, engineer semuanya okey terhadap aku... Maklumlah kami sama-sama growing up di Titan dari pre-commissioning Cracker 1 pada tahun 1994. Masa tu aku technician 1, berkerja di area cold end bersama trainee engineer Rafee Saat dan beberapa orang technician sinopac (SPC).
1998 beberapa otai dipromote jadi Assistant Supervisor, termasuklah aku... sehinggalah sekarang. So hampir 10 tahun jugak aku di position AS. Emm aku tak pernah kejar jawatan.. yang penting gajinya dong! Alhamdulillah semuanya cukup. Kira comfortable lah...
Masa untuk berhijrah
Kalau tidak kerana SABIC tu di Yanbu yang kedudukannya kira tengah-tengah antara Mekah dan Madinah, nescaya aku tidak mahu menghadapi kesukaran berjauhan dengan anak bini. Oleh kerana tarikan itulah aku sanggup menghadapinya. Kalau company lain offer 3 kali ganda dari yang ini, pun aku tak nak. Itulah sebabnya... Selain daripada itu, aku rancang akan bawa sekali anak bini aku ke sana, insyaAllah bila semuanya stable. Itu tak mustahil!
Sepatutnya aku dah berada disana seawal bulan 6. Olehkerana due date delivery orang rumah aku jangkanya pada July, maka aku pospone ke bulan Aug. Alhamdulillah 23 July kelmarin aku dianugerahkan putera ke-3 dari 4 cahaya mata aku. Pada 28 July aku inform Thinkplas that aku dah ready to departure. Alhamdulillah pada 30 July, thinkplas forward e-ticket untuk flight on 13 Aug 2008 by email. Woww very fast. Terkejut juga aku... kurang lebih 2 minggu je lagi. So, semalam, 31 July 2008 aku serahkan surat resign kepada my superior. Kalau ikutkan jumlah cuti yang aku ada, hari itu juga aku punya last day di Titan. HR request aku untuk berkerja another 3 days. So my last day will be 7 Aug 2008. Alaaa tu boleh adjust... ye tak?
So sekarang aku menanti hari untuk berlepas. Emm suspen juga rasanya nih... Faham-faham ajelah... Semoga Allah berikan kekuatan kepada kami sekeluarga untuk menghadapi hari-hari mendatang. Amin.
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment