Dari Ibnu Mas'ud r.a, Nabi saw bersabda: "Tiadalah dari seorang nabi yang diutus Allah kepada suatu umat sebelum aku, melainkan dari umatnya in mempunyai penolong (hawairyyun) dan sahabat yang mereka berpegang teguh pada sunnahnya dan mengikuti perintahnya. Kemudian sesudah mereka muncul generasi-generasi penerus yang mereka mengatakan sesuatu yang mereka sendiri tidak melakukannya, dan melakukan sesuatu yang mereka tidak diperintahkan.
Maka bagi yang berjihad terhadap mereka dengan tangannya, ia seorang yang beriman dan siapa yang berjihad terhadap mereka dengan lisannya, ia adalah seorang yang beriman, dan siapa yang berjihad terhadap mereka dengan hatinya, ia juga seorang yang beriman. Dan sesudah itu tidak ada sebesar biji sawi pun iman"
Hadis ini aku dengar sewaktu ceramah 'Bicara Agama' yang disampaikan oleh Ustaz Mat Esa di Warung Pak Ali. Bila? Beberapa minggu sebelum pilihanraya... Kemudian aku menjumpai teks sepenuhnya bila aku belek-belek buku bapak aku masa dia pergi haji dulu (maklumlah aku dah nak pegi sana juga ni... kenalah buat homework untuk umrah dan ziarah). Sebuah buku karya Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah iaitu 'Amar Ma'aruf Nahi Mungkar'. Hadis ini mengesankan aku.
1. Akan muncul generasi penerus (kita lah ni kot) yang sifatnya:
> Cakap lain, buat lain. Cakapnya, kita ni negara islam... tapi hudud kita tolak!
> Buat apa yang tidak disuruh. Jangan zalim! Tapi dialah yang buat kezaliman.
2. Bila didepan kita generasi yang tersebut diatas, maka perlulah kita menentangnya dengan tangan, lidah ataupun hati. Iaitu sekurang-kurangnya kita tergolong dalam orang yang membenci generasi tersebut. Tapi, kalau kita termasuk dalam yang menyokong mereka, nauzubillah... dah tak de iman dah!
Maka letakkanlah kayu ukur al-Quran dan Sunnah dalam segala hal.
WaAllahuaklam
No comments:
Post a Comment