Monday, August 11, 2008

MY BADGE

Inilah ID Badge aku. Dah naik kusam.. pasal dah lama sangat kerja dengan TITAN agaknya iaitu sedari 01/01/1993 to 01/08/2008 iaitu bersamaan dengan 15 thn 8 bulan. Kalau tunggu beberapa hari lagi... aku dapat loyal award 15 tahun service. Dapatlah rantai emas beberapa gram. Tapi apa boleh buat.. jodoh tak panjang.
Pada 8 Aug kelmarin, aku sempat meluangkan masa untuk mengisi 'Departure Declaration Form'. Sempat juga aku berjumpa dengan beberapa boss di IT department, Admin department, HR department, Account department dan tidak ketinggalan juga aku punya boss MR Chew KA untuk menandatangani form tersebut. Sebelum tengah hari, semuanya settle. Macam-macam cerita ada.

'Counter Offer'? Tidak ada kounter-kounter beb. Terus terang cakap, my decision bukan kerana duit. Kalau duit, gaji sekarang pun aku dah comfortable dah... tapi it is about peluang! Peluang beb! Aku masih ingat pesan Yahya Ahmad Yon bila aku tidak jadi pergi ke OPTIMAL dulu. Dia cakap pasal peluang... Betul apa yang dia katakan tu...


So, inilah peluang untuk aku. Mungkin inilah yang terakhir. Bila aku menolaknya, barangkali tidak ada peluang yang lagi satu agaknya. "Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia". Pasti ada hikmahnya. Dialah yang Maha Pemberi Rezeki. Kali ini jalan rezekiku melalui jalan ini...insyaAllah.



Wassalam

No comments: