Monday, September 1, 2008

Berteraweeh di Radwa 3

Malam tadi pengalaman pertama kami bersolat teraweeh di KSA, si mesjid Radwa 3. Kalau di Malaysia, first teraweeh ni mesti melimpah sampai keluar mesjid. Tapi di sini attendencenya sama saja ramainya...kerana orang Arab memang istoqomah solat berjemaah. Paling-paling pun bertambah beberapa saf. Tu pun budak-budak je.Gambar haisan: Muka melayu di mesjid Radwa 3. Menunggu untuk bersolat teraweeh.


Orang kita mengejar kelebihan solat sunat teraweeh berjemaah tapi membiarkan saja kelebihan solat fardhu berjemaah. Kalau yang sunat pun diberikan kelebihan... apa lagi yang fardhu? Betul tak? Yang bagusnya kita kaut semuanya. Kenalah pilih amalan mana lebih utama dari amalan-amalan utama yang lain. Yang fardhu tetap lebih utama dari yang sunat.


Format teraweeh disini ialah 8 rakaat dengan 3 witir siap dengan doa qunut. Mesjid radwa 3 menghabiskan 1/2 juzuk satu malam. Dan sepuluh malam terakhir 1 juzuk setengah semalam. Jadi akan khatamlah dalam sebulan. InsyaAllah.


Berdasarkan pengalam pertama malam tadi, insyaAllah tidak ada masalah untuk terus istiqomah mengikutinya selama sebulan. InsyaAllah.



WaAllahuaklam.

No comments: