Semalam 1 September, kami mula berpuasa di tanah Arab. Untuk hari pertama, puasa kami bermula pada jam 4:48 pagi bilamana terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari pada jam 6:47 ptg. Lebih kurang saja jangkamasanya dengan berpuasa di Malaysia. Kami bersahur ala-kadar saja. Seronok juga bersahur ramai-ramai dengan kengkawan ni.
Pada bulan Ramadhan, waktu kerja kami di sini bermula dari jam 10:00 pagi sehingga 4:00 ptg. Atau option yang ke-2 bermula jam 7:30 am to 1:30 pm. Tapi untuk yang muslim saja. Yang non-muslim, tetap ikut waktu kerja seperti biasa. Aku perfer masuk jam 10 pagi... Selepas subuh, gasak tidur lagi.
Bagaimanapun jam 10 pagi tu panasnya macam 12 tengahhari di Malaysia. Panas berbahang. Kalau keluar dari office tu, muka rasanya macam kena lempang.. pijar gitu. Sebab tu kita kena pakai kain serban tutup kepala macam pak Arab tu...baru kurang sikit pijarnya.
Bila petang, kita ronda-rondalah mana tahu ada bazar Ramadhan macam kat tempat kita tu... Emm tak jumpa beb! Bazar tu kat Malaysia je kot yang ada? Ada tak de kenalah masak untuk juadah berbuka puasa. Atau option satu lagi berbuka di mesjid. Haa yang ini tak berlaku di Malaysia. Pak Arab ni berebut-rebut nak bagi orang berpuasa berbuka dengan makanan pemberian mereka. Memang besar pahalanya.. Makanannya pulak bukan calang-calang. Nasi Bukhari, Beryani dengan lauk ayam, kambing. Emm memang berselera. Air sirap lagi... Sirap bandung? Takde beb. Sini susu mahal giler..
So, untuk juadah berbuka kami yang pertama disini ialah tomyam ayam yang disediakan oleh Chef Nordin. Seorang yang berbakat besar dengan masak-memasak. Yang lain tu cuma berbakat besar dalam bidang makan-memakan je... macam akulah tu. Hehehe. Ditambah pula dengan acar buah, ikan masin... Fuhh berselera beb. Memang sedap (bukan pasal lapar).
Kat sini, pada bulan Ramadhan, azan isya'nya pun dilewat kan 20 minit. Iqamah pun 20 minit selepas azan. Jadi, lepas buka dan solat maghrib tu, kita sempat tidur untuk mendapatkan tenaga untuk berterawih. Jadi, taklah rasa mengantuk bila imam baca surah panjang. Biasanya jam 10 suku baru selesai terawih 8 rakaat + 3 witir.
Satu lagi kat sini kita tak boleh tidur lewat-lewat sangat. Terbabas dari 12 malam keatas, sok subuh ada chance terbabas...takleh nak berjamaah. Paling cantik tidur jam 10 atau 11 malam. Sebelum 4 pagi mesti terjaga. Boleh bertahajjud lagi sebelum subuh. Lepas tu jam 5:30, sambung lagi tidur samapi 9 pagi. Haaa baru segar ditempat kerja.
Begitulah seronoknya berpuasa di tanah Arab ni. Taklah terasa sangat keletihannya. Satu lagi kalau nak masuk waktu solat, kedai akan ditutup. Kalau kita dok tengah terbelek-belek nak cari barang dalam kedai, kita akan dihalau. Dihalau suruh solat. Tu yang bestnya tu. Maka penuhlah mesjid walau solat apa pun.
Wassalam
1 comment:
Salam Bro JMD,
Ana dah email kan gambar kitaorg punya kuliah ramadhan mlm 3 Ust Mat Esa di Al-Bararah thru walangkopo@yahoo.com.
Terima tak? jemaah bertambah ramai, walaupun ruang solat dah dibesarkan masih melimpah keluar ketika solat..... tu tak termasuk kanak-kanak yang berkelior ketika jemah tengah solat. tak apalah bising sikit, kalau kita tegur nanti, emak2 pulak kena tinggal kat rumah jaga anak2, silap haribulan nonton TV.... hihihihi....
Sampaikan Salam pada Bro Lobo dan kengkawan lain di sana.
Salam.
HJ SBS
Post a Comment