Alhamdulillah. Pada hari khamis 4 sept yang lalu, kami sekali lagi mengunjungi Rasulullah SAW. Kami bertolak jam 9 pagi dan tiba di Mesjid an-Nabawi as-Shareef pada jam 11 pagi. Terus memasuki mesjid menunggu masuknya waktu zohor pada jam 12:30. Sementara itu sempat juga aku menziarah Rasulullah menyampaikan salam buat baginda, Abu Bakr dan Umar.
Selepas zohor kami bersiar-siar di bazar sekeliling mesjid untuk mencari apa-apa yang boleh dibawa balik ke Malaysia. Namun shopping power terbatas kerana 'ongkos'nya nggak ada. Dapatlah beli kumra sekilo dua. Jadilah asalkan ada buah tangannya...
Gambar: MPV Lobo, Chevrollet Venture.Satu jam sebelum zohor, kami memasuki mesjid untuk solat fardhu asar. Kena masuk awal beb..kalau tidak, tak dapatlah tempat yang strategik. Selesai asar, diaorang terus bentang juadah untuk berbuka puasa. Tak boleh nak lari dah... Tapi diaorang memang berebut-rebut mengajak untuk berbuka di'area'nya. Sampai bertarik-tarik tangan. SubhanaAllah... mereka berebut untuk buat kebaikan. Itulah pengalaman berbuka puasa di mesjid Nabi.
Gambar: Macam kumpulan kugiran 60an lah pulak.Pengalaman berterawih di Nabawi.
Pertama-tamakalinya dalam hidup, aku dapat berterawih di mesjid Nabi. Memang menerujakan. Cerita banyak pun tak guna.
Berjumaat di Nabawi'
Oleh kerana tidak berapa sihat, aku lewat ke mesjid. Sejam sebelum masuk waktu, nah kenalah solat jumaat di 'roof'. Open air. Panas beb. Padam muka aku...pasal lambat sikit. Nasib baik kutbahnya tidak panjang. Ini pun pengalaman berharga beb...
Selesai jumaat, kami berkemas untuk balik ke Yanbu. Lebih kurang jam 2 kami bertolak balik dan sampai di rumah tepat jam 4 petang.
Wassalam
No comments:
Post a Comment