Thursday, September 11, 2008

JEDDAH: Jalan-Jalan Cari Kereta

10 Sept, sempena dah dapat iqamah, aku pun pergilah ke Jeddah dengan mission untuk beli kereta. Doel, Nizam n aku bertolak selepas asar... kurang lebih jam 4:45 petang. Jarak Yanbu dan Jeddah lebih kurang 3 ratus lebih km yang mengambil masa selama 3 jam driving kereta berkuasa 2.0L kebawah. Kalau 4.6 L, sejam lebih sampai dah.

Gambar: Posing dengan kereta Malaysia... proton Wira, di Jarir book store, Jeddah.
Kami berbuka puasa di area Rabigh dengan juadah roti, biskut dan air jus di tepi highway. Kemudian menyambung perjalanan dan tiba di Jeddah jam 8 malam. Kami sempat membeli-belah di Jarir sebelum menuju ke destinasinya. Kami ditunjuk-bawa oleh 2 orang operator Yansab (asal Jeddah) ie Muhanad n Hussain. Mereka membawa kami ketempat-tempat jual kereta di sekitar bandar Jeddah.

Gambar: Antara kereta yang aku minat, Chevrollet Lumina SS, V8. Entah berapa cc tah?


Gambar: American Car, CORVETTE berharga 1 juta SR. Gambar: Abg Doel..."Nak beli Chevrollet Nabira, takde pulak kat sini!!"

Mission kami berakhir dengan kegagalan kerana gagal membawa pulang sebuah kereta pun. Yang berkenan masih di dalam pertimbangan. InsyaAllah, one day nanti akan dapat juga apa yang berkenan di hati... Kami terus drive balik ke Yanbu dan sampai di rumah jam 4 pagi.

Wassalam

5 comments:

Anuar Mohd Amaji said...

Jais,
Yaakob Dodi Dol LDPE pun dah ada kat sana ker? alang2 angkat kereta sport laa..

Ya Sheikh Abdul Aziz said...

jais, ko beli gen2 jelah kat sana, kalau ko pakai kereta Mat Saleh tak bersih sangat pasal, tak sunat.
kalau gen2 ok dah sunat. nanti Anwar datang dia cari org malaya.

Ya Sheikh Abdul Aziz said...

jais,

kalau beli BMW 4wd, mesti lagi rindu aku kat ko.

ziz said...

Jais ,
AZIZ Maint Aku nasihat kan Ko beli ja unta kaki empat Ko modfy sikit pasang Turbo biar pak Arab terjojol biji mata tengok org malaysia bawak unta ada turbo....ha....ha gelak org Arab yakul yakul...Unta Turbo....

j.MD said...

Aku dah kenan merc tu arr. Nak kena pakai ni.