Bismillah. Assalamualaikum.
Esok 13 Oct 2008, genaplah 2 bulan keberadaan aku di Kingdom of Saudi Arabia. So far, alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Iqamah dah ada, bank akaun dah ada, gaji sulung dah dapat, translation dokumen untuk bawak anak bini ke sini aku dah buat dan lesen memandu pun aku dah ada.
So, my next mission ialah nak cari 'big boy toy' iaitu kereta daaa. Sekarang ni kita berkongsi menyewa sebiji kereta untuk kegunaan bersama. Kira okeylah juga...tapi kadang-kadang boleh menyusahkan kawan-kawan pulak. Kalau ada sendiri punya, kita boleh pergi dan balik kerja mengikut kehendak sendiri. Ramai juga yang dah beli kereta sendiri...antaranya, Lobo, Z, Samkey, YBM dan beberapa orang lagi.
Kat sini harga kereta, agak murah berbanding di Malaysia. Cuma kalau beli yang 2nd hand, kena bayar cash. Kalau ada 30K di tangan, macam-macam pilihan ada. Kalau yang baru, pun ada macam-macam kaedah jual beli yang aku dengar. Boleh tahan juga tawarannya. Kalau Mitsubishi Lancer (EVO X model), monthly cuma SR1600 selama 5 tahun secara sewa beli. Menarik jugak tu. Emm tengoklah macam mana. Nak untung, tumpang kawan-kawan jer. Hahaha..
Mission tahun 2009 pulak, aku nak bawa anak bini aku pegi umrah. InsyaAllah.. Survey-survey tiket pergi balik secara on line, untuk 2 dewasa, 3 kanak-kanak dan 1 baby mencecah 25k jugak tu. 2-3 bulan gaji jugak tu! InsyaAllah usaha yang baik tu Allah permudahkan. So, next 1st school break, pada tahun depan, diaorang boleh datang berziarah dan umrah di sini. Emm seronoknya dapat layan anak-anak aku kat sini. Mesti dia bangga berbapakkan aku yang hensem nih. Hahahaa...
Pas tu, pas tu apa yek? Haa aku ingat nak kawin satu lagi lah... tu pun kalau aku setuju dengan pilihan datin no 1. Kalau tak, aku ler yang pilih sendiri.... Jangan marah yer!
Oklah.. wa chow dulu. Nanti makin banya pulak merapunya.
Sekian
Wassalam.
2 comments:
Salam..
Best ke kawin banyak?? Yg aku tahu , gelfren banyak pun dah pening, apa lagi kalau bini banyak...
Entahlaah... aku pun tak pernah berbini banyak. Cuba tanya dengan oragng berbini banyak??? Berapa banyak banyak daaa???
Sapa yang dah rasa best bila berbini (sorang).. baru boleh tambah lagi sorang. Kerana bila sorang best, apalagi kalau 2, 3 dan 4... mesti best giler..
betul tak?
Post a Comment