Gambar: Sebahagian dari ahli keluarga aku... Yang paling hensem takde di dalam gambar daaa...
Aidilfitri 2008 ini merupakan hari raya yang merakamkan sejarah bagi aku khususnya dan bagi keluarga aku amnya. Inilah pertamakalinya aku tidak menyambutnya bersama-sama-ahli keluarga yang lain. Anyway, thanks bebanyak kerana mereka memahaminya. Aku pun scara`mentalnya sudah bersedia untuk menghadapinya. Dan sekarang terbukti...kerana aku telah pun melaluinya. Macam biasa jer pun...
Bercerita pasal menyambut hari raya ni, macam biasalah... kalau di felda tu aku rasa sama saja cara sambutnya. Biasanya selesai saja solat sunat aidilfitri, kami akan menziarahi setiap rumah di dalam blok untuk 'baraan' kata orang jawa...iaitu marhaban. So semua akan join samada bapak, anak, cucu...semuanya akan bermarhaban dan bermaaf-maafan. Selesai baraan tu, barulah bermaafan antara ahli keluarga. Kira 0 - 0 lah untuk tahun tersebut.
Gambar: Suasana hari raya. Baraan dari rumah ke rumah.
Gambar: Antara generasi muda felda... Anak-anak jiran aku daa...
Nampaknya takat sini ajer yang sempat aku ceritakan. Line slow sangat... nak upload gambar, punyalah lama.
Sekian Wassalam.
No comments:
Post a Comment