Bismillah. Assalamualaikum.
Alhamdulillah genap sudah kita menjalani ibadah puasa yang menjadi kefardhuan kepada kita. Dengan demikian tamatlah sudah 'offer/grand sale' yang ditawarkan di dalam bulan yang mulia tersebut. Dimana setiap amal yang kita buat akan digandakan ganjarannya. Gandaan yang tidak dapat kita perolehi di bulan-bulan lain. Yang sunat diganjarkan seumpama yang wajib. Sedang yang wajib tentulah berlebih lagi gandaannya.
Persoalannya di tahap mana amalan puasa kita? Apakah lebih baik dari tahun sebelumnya? Atau sebaliknya? Tahap baik tu pula diukur bagaimana? Apa piawainya? Apakah dengan sekadar berpuasa menahan perkara-perkara yang membatalkannya dari fajr hingga terbenam matahari? Ya, sah puasanya...tapi tiada pahalanya.
Bagi aku, sebagai muhasabah... emm agak tidak berapa memberangsangkan berbanding tahun sebelumnya. Tentu aku jealous dengan Nizam, Roslani dan beberapa rakan Titan lainnya. Emm agak slow untuk menyesuaikan diri kat sini. InsyaAllah next year will be better.
Bercerita tentang pengalaman berpuasa di sini, memang ada bezanya dengan di negara kita. Antaranya ialah waktu kerja yang pendek iaitu dari jam 10 pagi hingga 4 petang, waktu isyak di lewatkan lebih kurang 30 minit dari waktu sebenar, diberi cuti umum pada minggu ketiga Ramadhan dan disatukan solat sunat aidil fitri di satu padang. Contohnya kalau area pasir gudang, dia buat solat sunat aidil fitri di stadium pasir gudang.
Manakala takbir rayanya... kira macam tidak ada. Maksudnya diaorang tidaklah bertakbir ramai-ramai macam kita. Mungkin diorang bertakbir sendiri-sendiri. Pulak tu tidaklah berlagu macam kita. Gitu-gitu jer lah...
Anyway, aku tidaklah terasa sangat, kerana aku diperlukan bertugas sepanjang cuti umum tersebut kecuali hari jumaat. Ianya tetap satu pengalaman yang tak ternilai bagi aku... Hari-hari kerja...
Sekian Wassalam
No comments:
Post a Comment