Sunday, September 28, 2008

Bilik Kawalan

Bismillah
Kali ini aku nak share sedikit cerita tentang control room. Tak boleh cerita lebih-lebih beb. Rahsia kerajaan ni. Cukuplah sedikit maklumat supaya kauorang tahu bahawa ianya memang canggih dan gah. Biasalah plant orang banyak duit...semuanya hebat. Memang patut pun macam tu... pasal dia memang kaya. Yer tak? Jangan tak kaya, tapi nak tunjuk hebat pulak! Tu yang berhutang tu!. Tak gitu? Itulah namanya mensyukuri nikmat.

Gambar: Olefin control panel. Furnace & quench, Compressor to cold box and product to GHU.

Inilah control room kami di Yansab. Building ini dipanggil CCB (Chemical Control Building). Building ini sangat luas. Didalamnya ditempatkan 3 control room utama iaitu Utility & Offsite, Olefin (Cracker & BBTX) dan Ethylene Glycol. Juga terdapat 2 or 3 conference room, computer room, surau yang boleh diisi seramai 20 or 30 orang, 2 or 3 pantrys dan bilik-bilik managers, superintendents, supervisors dan ruang macac training hall. Ditengah-tengan building ini ditempatkan bilik untuk emergency dimana, kalau berlaku kebakaran, operasi plant akan dicontrol oleh manager melalui bilik tersebut. Memang luas!!! pasal akupun tak habis ronda lagi.
Gambar: Satu set panel untuk area B iaitu dari CGC to Cold box.



Di sini, board dibahagikan kepada 3 area iaitu area A (furnace dan quench), Area B (CGC to cold box) dan area C (Deethanizer to final product C2 dan C3 juga GHU). Setiap area mempunyai 4 console double berjenama Yokogawa yang serupa dengan BD&OCU plant di Titan.

Gambar: Seorang model di training hall... Bahaya dia ni!! Hahaha...
Oh yer, lokasinya agak jauh dari parking area dan main office. Kena menaiki bas yang sentiasa lalu 20 minit sekali. Terdapat 6 bas yang beroperasi di situ. Manakala dengan plant area ianya agak dekat...

Oklah itu saja. Nanti kalau ada mood nak cerita... bolehlah cerita lagi kot..

Sekian Wassalam

1 comment:

Zuraili said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...

Raya tak balik ni, pulun je lah OT tu ckup-cukup...