Kalau ikut aturcaranya, ianya bermula dari seawal jam 9 pagi... tapi hanya untuk mereka-mereka yang sudah berkeluarga dan ahli keluagranya ada disini. Yang macam kami, juga sudah berkeluarga...tapi anak bininya tak de disini, kami dijemput datang makan malam saja. So, kami tiba selepas waktu maghrib. Penyertaan bukan hanya dari pekerja-pekerja Yansab, malah juga dijemput wakil-wakil dari consulat Malaysia dari Jeddah, budak-budak student dari Madinah dan entah apa-apa lagi ta
Macam biasalah, majlis dibuka dengan ucapan-ucapan oleh wakil-wakil yang disebutkan tu.. Tapi...okeylah tak lama sangat, pasal kami datang ni memang nak makan jer. Hahaha... Memang tengah lapar tuuu.
Gambar: Tuuu dia, Bapak Sulaiman Mardi, blogger 'Pesanan Buat Kita' bersama datinnya.
Selepas perut terisi dengan macam-macam makanan, diadakan pula pertandingan vollyball diantara kami. Antara team yang bertanding ialah dari Radwa 8, Radwa 3, Radwa 1, Family's, Consulat dan Balad. Malangnya team Balad menarik diri disaat-saat akhir kerana 'mufti besar'nya nak pergi menikahkan pengantin. Atau 'mufti'nya yang nak menikah? Hahaha. Seperti yang telah diramalkan, team Radwa 3 telah menjuarai pertandingan tersebut dengan bergaya justeru menggondol hadiah kemenagan SR 1000 cash!
Liputan vollyball akan disiarkan kemudian...insyaAllah. Kerja meng'upload' movie ke youtube dan pengumpulan gambar-gambar sedang dijalankan.
Sekian.
Wassalam
No comments:
Post a Comment