Thursday, October 16, 2008

Cerita-cerita 3 - Citer makan.

Bismillah. Kali ni aku nak kongsi cerita tentang hidangan makanan tengahari aku di sini. Dimulakan dengan tempat makan iaitu kantin, disini terdapat 2 kantin (yang aku tahu ler) iaitu yang paling dekat ialah di PMC, dan yang jauhnya pulak ialah di Ibnu Rushd. Kalau nak makan di Ibnu Rushd, kena ada transportlah tapi... 'menu'nya pun kira okeylah juga...pasal ada nasi. Dia buat style buffet dengan harga SR 10 sekali lantak. Kalau tak de transport, terpaksalah makan di kantin terdekat, iaitu di PMC.

Kantin di Ibnu PMC ni, 'menu'nya... itu jerlah ulang-ulang. Menu makanan western. Pusing-pusing roti, telur, kentang goreng... Tu ajerlah hari-hari, baik sarapan pagi ataupun makan tengahari. Haa kalau yang tertera di gambar tu, hidangan makan tengahari sweet & sour chicken with kentang goreng berharga SR 14. Campur air jus manggo SR 3, totalnya SR 17. Mahal seyyy!!! Tapi apa sangatlah berbanding dengan gaji sampai 5 digit tu... Yer tak?

Kalau bulan pertama dulu, aku tak de selera langsung nak makan. Tapi sekarang dah mula rasa sedaplah pulak.. Habis...perut dah lapar.. makan ajer ler apa yang ada. Bila hari-hari dah hadap benda tu.. dah mula rasa sedap gaknya. Kalau dulu, sos tomato memang tak layan ler...tapi sekarang dah boleh masuk dah. Sos cili tak de... nak buat macam mana? Sorong jer lah.


Oh yer kantin Ibnu PMC tu di'running'kan oleh Filipinos... emmm no komen.


Sekian untuk cerita kali ini.



Wassalam.

1 comment:

Anonymous said...

JAIS,KAU TAKE OVER JE KANTIN TU,CHE F PUN BOLEH JOINT JUGA JUAL NASI LEMAK,AISKRIM MALAYSIA KALAU KAT MALAYSIA 30SEN KAT SANA BOLEH JUAL 10KALI GANDA,BILA DAH OK BOLEH AMBIL D'SAJI PULAK.