Friday, January 16, 2009

Cerita-Ceriti

Bismi Allah

Dah lama aku tak bercerita-ceriti... yer tak? So aku mulakan dengan cerita diri aku... Sedar tak sedar, tahu-tahu aku sudah memasuki minggu ke-21 di sini... tahun pun sudah bertukar tahun dah. Dan dalam tempoh itu, aku dah balik bercuti sekali... Macam tulah plan rancangannya. Setiap 4 bulan, aku nak balik bercuti.. Cerita pasal cuti ni... department Olefin, alhamdulillah... tak de masalah. Sekarang ni pun 2 kawan kita sedang bercuti... iaitu Che Ef dan Che Din. Kalau department lain... aku tak tahu lah pulak. Pasal ada dengar-dengar cerita.... diaorang terpaksa tunggu sampai 11 bulan untuk dibenarkan balik bercuti. So, ikut boss masing-masinglah kan....
Sudah 5 hari kita menjalani tahun 2009 dan 8 hari pulak dalam tahun Hijrah 1430. Tak perasanlah pulak...mungkin kerana di sini tidak ada sambutan menyambut tahun baru. Baik Hijrah mahupun Masihi.... Senyap jer. Macam takde apa-apa kejadian pun. Tapi macam tu lah hakikatnya... Kat sini cuma ada 3 public holiday iaitu hari raya puasa (5 hari), hari raya haji (5 hari) dan national day (1 hari). So, semuanya ada 11 hari jer... Yang lain-lain.... not islamik!!!

Sekarang ni tengah musim sejuk. Kadang-kadang waktu paginya mencecah kesejukan 13 degC. Perggg tak tahan aku beb.... tu yang rasa malas nak tinggalkan katil tu... Punyalah syok 'ngokol'... Kalau pergi kerja tu...siap dengan snow cap lagi... cuma glove jer tak pakai.

Cerita pasal plant status pulak... Sekarang ni, CGC dah pun running air run since 31 Dec 2008 tu hari. So far keep on running dari 1st stg to 5th stg... Next, akan forward to cold section pulak. So far CGC mechine beroperasi dengan baik. Semuanya run by program (Triconex). Push start button sekali jer... Sementara tu, furnace pulak sudah ready untuk dry out....jangkanya esok 6 Jan 2009. Emm nampaknya hari untuk start-up semakin dekat. Yang dirisaukan...bukan apa... tak tahu bilalah pulak dapat balik bercuti.... Sabar jer lah yer....

Okeylah takat sini jer dulu... Tulis banyak-banyak...bukan korang rajin nak baca pun.. Sampai jumpa lagi...insyaAllah.

Sekian Wassalam

JMD@yanbuKSA

No comments: