Ini cerita lama. Berlaku sewaktu aku bercuti tempoh hari. Olehkerana laptop aku yang tak tip top sebelum ini...maka tak sempat aku nak publish kejadian ini....iaitu peristiwa makan-makan.
Rancangan untuk mengadakan majlis makan-makan untuk team D (team aku masa di Titan dulu) memang sudah diatur sebulan dua awal....sebelum aku bercuti lagi. Dan memang sudah niat dan hajat aku nak belanja diaorang makan-makan. So, dengan adanya majlis macam ni, kita boleh berkumpul ramai-ramai. Bila berkumpul ramai-ramai...macam-macamlah input yang kita dapat. Alhamdulillah ianya berjaya.
Gambar: Tu dia.. posing macam 'Battle of the Bands'... rockers 80'an..
Maka, untuk menjayakannya, Rashid MT telah melantik dirinya sendiri untuk meng'organize' kejadian tersebut. Semua ahli team D telah dijemput... Kalau ikut senarai penyertaan awal, ianya seramai 25 orang. Oleh kerana ada yang terhalang dengan masing-masing punya urusan... jumlah kedatangan pada malam itu ialah seramai 15 orang...di ketuai oleh team D Shift Superintendent, Mr Zulkifli Sarbini. TQ pada korang semua.
Gambar: Perut dah kenyang... berposing lerr...sambil nyanyi-nyanyi..
Oh yer kejadian berlaku di lokasi Tanjung Langsat...Rakit Restoran. Yang bestnya makan kat sini... kita boleh ceduk ikan kat dalam sangkarnya tu.. Malangnya hari hujan...tokey kedai yang cedukkan. Perghh ketam bangkang black paper.... ikan siakap steam dan 3 rasa... Emm memang terangkat beb.
Gambar: Tu diaaa ketam bangkang idup. Seekor saja dah hampir 1 kilo. RM65/kg.
So, selepas perut masing-masing dah penuh, tibalah masa untuk menyumbangkan lagu-lagu pulak. Ramailah penyanyi-penyanyi baru men'sumbang'kan suara masing-masing. Aku tak leh nak nyanyi... lum pulih lagi suaranya... Kalau tak, gian juga nak pekena lagi 'Knockin' on heaven door'...lagu GnR. Nizam Arjuna tahulah tuuu... Hehehe jangan Dol... Ada jamming lagi ker?
Oklah takat sini dulu... Perut aku pulak yang lapar... Pekena maggi ajer lah jawapnya ni...
Sekian Wassalam.
JMD@yanbuKSA
2 comments:
Jais... gambar kau orang makan tu, aku tak heran. Tapi gambar bot tu buat aku rasa geram jeee... nak mancing.
Jais... gambar kau orang makan tu, aku tak heran. Tapi gambar bot tu buat aku rasa geram jeee... nak mancing.
Post a Comment