Pada minggu lepas, aku pergi menghantar Zainuddin 'blogger From Uda With Love' balik ke tanahair untuk urusan air melalui Jeddah Airport. Adapun tujuan utamanya adalah untuk menghantar Zainuddin tu balik, tetapi disebalik 'nya' kami memang nak ber'shopping' barang-barang keperluan. Katanya di Jeddah harganya agak murah...
Selepas menghantar Zainuddin di airport, pada jam 8 malam...kami pun terus ke Palestine road untuk mencari hotel... Lalu menghinaplah kami di Palestine Home, yang lokasinya betul-betul di tengah bandar Jeddah. Aktivitinya ialah membuta...
Pada malam tersebut 2 buah kereta bermuatan 4 orang, tiba untuk menjadikan jumlah kami semuanya 9 orang. Haaa baru best!!!
Pertama-tamanya ialah... amik duit dulu. Pulak tu baru gaji. Ditambah dengan 2 bulan bonus...mahu tak senyum lebar kawan kita kat mesin duit tuuu... Tengok reaksi muka dia...tahu dah... banyak nak dihabiskanlah tuuu...
Selepas masing-masing cucuk lubang mesin tu, kami pun menuju ke Harley Davidson...nak order motor harley lah tuuu... Emm memang murah harga H&D kat sini... Lebih dari separuh berbanding harga di Malaysia.

Selepas perutnya terisi penuh... kami merancang untuk pergi ke tempat jual kereta. Diaorang kata nama tempat tu Harash... Hampir 2 jam meredah bandar Jeddah tu, akhirnya kami sampai ke destinasinya. Alamak! memang hebat diaorang jual kereta kat sini. Macam pasar lambak. Masing-masing dengan keretanya untuk dijual... siap pakai mic. Perghh macam lelong. Bingit telinga aku.... Harganya memang murah... Kalau ada duit 20k... macam-macam pilihan ada...
Penat meronda di pasar lambak kereta, kami pun balik ke hotel... untuk merehatkan badan bagi sesi shopping sebelah malam pulak. Maka, sesudah isyak, kami pun keluar untuk shopping. Ada yang nak beli handfone, jam tangan, komputer dan macam-macam lagi.....
Akhirnya 2 orang kawan kita beli iPhone 3G bernilai 3.5K. Perghh class gitu. Memang lain betul citarasa orang banyak duit ni yek.... Kalau jam tangan... tak 2 k... gatallah tangan... Spek mata pun sampai 1k lebih... Masa tak ber'duit'... kita kata, "Apalah benda macam tu pun nak mahal-mahal... masanya sama saja...". Bila kita ada duit...baru kita tahu..macammana. Apa-apa pun tak pe... lu mampu, lu pakai ler... Jangan nyusahkan orang sudah!
Walaumacammanapun, mission masih tak complete kerana ada yang cari jam tangan...masih belum jumpa... Tissot Touch...SR 1900 (selepas discount). Perghhh gerek seyyy....
Sewaktu aku mengakhiri blog ini... kawan aku tu sudah pun meletakkan jam tangan idamannya di pergelangan tangannya. Tahnih.... kerana jadi orang kampung dia yang pertama pakai jam semahal gitu... Cuba teka siapa dia? Hahahaha...
Sewaktu aku mengakhiri blog ini... kawan aku tu sudah pun meletakkan jam tangan idamannya di pergelangan tangannya. Tahnih.... kerana jadi orang kampung dia yang pertama pakai jam semahal gitu... Cuba teka siapa dia? Hahahaha...
Okey lah aku akhiri post ni dengan selamat menyambut awal Muharam. InsyaAllah ada post lagi selepas ni...
Sekian Wassalam.
No comments:
Post a Comment