Saturday, January 31, 2009

Pengalaman kerja Shift di KSA

Bismi Allah

Tepat jam 10:37 pagi tadi... handfone aku berbunyi menandakan adanya SMS masuk. Emm sapalah pulak ni?

SMS tu berbunyi:"I/C SARIE: SABB UTI:SABBREM Your Account has been credited with and Amount of xxxxx.00 Sander: (no name) Samba".

Ooo baru aku perasan hari ini sudah 26 haribulan.... pasal tiap-tiap 26 haribulan aku akan dapat SMS macam tu. Gaji dah masuklah tu maknanyaaa... Alhamdulillah. Oh yer memang every 26th Samba bank akan memaklumkan pada kita bahawa gaji bulan tu sudah dimasukkan by SMS. Emm anyway bukan benda ni yang aku nak citer pada kali ini... Itu cuma informasi jer.

Emm pada hari Jumaat, 24 Jan yang lalu... aku buat julung kalinya memasuki shift. For informasi... shift pattern kat sini (buat masa ini), ialah 4242. Iaitu 4 siang, 2 off dan 4 malam, 2 off. Dan shift hournya adalah dari jam 6 pagi to 6 petang. Emm terkulat-kulat juga mata nak bangun jam 5 pagi. Sekarang ni Subuh pada jam 5:48 pagi.... so solat subuh di surau control room jer...

So far 6 daripada 10 boardman Malaysian sudah pun berada di dalam shift... Mereka yang hensem itu ialah aku, Hj Azhar, Hj Majid, Azali, Jaafar dan Fuad. Manakala yang masih belum memasuki shift ialah Rosle, Lobo, Rizual dan Yunus.

O ye.. kerja shift ni ada untung sikitlah... dapat shift allowance dan OT tetap (4 hrs/day atau 80 hrs/month).

Calculation 1: Shift Allowance = Basic x 10%
Calculation 2: OT rate 1.5 = (Basic/240) x 1.5 x OT hrs
Calculation 3: OT rate 2.0 = (Basic/240) x 2.0 x OT hrs

So kalau 80 jam.... kira sendirilah yer...

Kemasukkan kami ke dalam shift...antara lain ialah menandakan plant kami tu dah nak start up dah. So far 1 furnace sudah pun completed dry out. 2 in progress dan 5 lagi menunggu giliran. Sementara CGC sudah hampir sebulan running air upto dryer. Sementaraitu, ERC ready for solo run dan PRC under OATT. Lain-lain unit tengah sibuk dengan functional test.

Satu lagi pengalaman menarik ialah solat Jumaat di control room. Emmm kalau kat Titan, keje hari Jumaat memang ada chance lah tak solat Jumaat.... Kat sini, lain macamlah pulak. Bila masuk jer waktu, kitaorang pun memenuhi surau... Datang seorang operator Arab akan berdiri didepan untuk membaca khutbah dan seterusnya mengimamkan solat Jumaat. Emmm khalas...Tu yang hebat tu..... Tapi for future Yansab memang sedang mendirikan mesjid di kawasan kilangnya. Sekarang ni 70% siap kot... So, tak de masalah dengan solat Jumaat...insyaAllah.

Sekian Wassalam

JMD@yanbuKSA

No comments: