Emm hari ini aku baru saja menlengkapkan jadual kerja malam. 4 malam tu..... terkulat kulat juga mata...pasal dah lama tidak kerja malam. Anyway Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..
Gambar: Suasana plant di waktu malam.
Bercerita pasal kerja malam ni... sebenarnya job area aku belum pun ada unit yang sudah beroperasi... Tu yang buntu kepala... tak de apa yang nak dibuat. Duduk-duduk depan panel pas tu keluar smooking shed. Pas tu buat air... pas tu makan... pas tu smooking shed lagi. Alamak boring seyyy...
Yang tak bestnya... takde kantin lagi kat sini. Nak makan punyalah susah. Terpaksalah bawak bekal maggie banyak-banyak. Olehkerana tiap-tiap malam pekena maggie, dah jadi macam ketagih maggie lah pulak. Padahal... kalau kat Malaysia... aku tak boleh makan maggie tu. Makan maggie jer... aku muntah. Nasib baik kat sini perut aku dah boleh terima maggie. Kalau tak....parah beb!!
Satu lagi yang tak best... bila aku off... aku sorang-sorang jer dok kat umah. Yang lain-lain semua gi kerja...macam hari ni lah ni. Alamak boring giler seyyy...
Okeylah takat sini dulu.
Sekian Wassalam.
No comments:
Post a Comment