Bismi Allah
Minggu ini merupakan minggu ke-25 aku di KSA. So, dah 6 bulan lebih dah aku di perantauan. Terasa cepatlah pulak masa berlalu... Kalau contract kerja tu selama 2 tahun, maka tinggallah berbaki 1 tahun setengah. Kalau first batch macam LOBO tu, next month sudah genap setahun dah. Plant yang kononnya nak start up hujung tahun lepas.... masih juga belum start lagi... Emm kita tunggu saja lah bila dia nak start. Yer tak? Yang penting hujung bulan gaji mashukkkk...
Aku nak mula dengan politik tanahair yang semakin tak tentu arah. Terutamanya di Perak. Emm aku mengikuti juga politik tanahair tu... Selain melalui internet, aku tengok juga melalui TV. Pasal rumah aku dapat siaran TV1 dan TV2. So, sekarang ni Perak dah tukar MB. 3 4 orang punya pasal... sekelip mata MB bertukar. Anyway pada aku... orang Keadilan tu orang UMNO lah jugak....bekas UMNO. Maka, tak heranlah sangat kalau diaorang tu lompat melompat. Kalau orang PAS (macam aku ni) kalau lompat pun, main lompat galah jer. hehehee... Kalau nak sokong opposition... joint jer PAS.
Kegawatan ekonomi global memang menakutkan. Apa taknya... TITAN yang dulunya gah bukan main pun sudah offer perkerjanya VSS. Siapa yang tak kaget dengan keadaan macam tu? Kalau difikirkan memang benak kepala otak...macam mana nak survive kalau kerja tak de? Wahh gawat tu beb. Mudah-mudahan dibukakan jalan kepada kawan-kawan yang menghadapi situasi sedemikian...InsyaAllah pasti ada jalan.
Walaumacamanapun, kegawatan ekonomi negara ada sikit menguntungkan kami... pasal USD ada tinggi sikit ler. Maklumlah kita kena 2 kali tukar mata wang.... iaitu SAR to USD dan USD to RM...
So far kami di sini, Alhamdulillah. Berkerja macam biasa. 4 furnace sudah completed dry out. 4 lagi tengah tunggu turn. CGC sudah lebih sebulan jalan fon air run. ERC pun sudah di solo run. Kerja-kerja loop check pun tinggal berbaki 2 or 3 ratus jer kot. Functional check tengah giat berjalan. InsyaAllah start up sudah semangkin hampir date linenya. Kalau tanya boss olefin plant... bulan 3 ni start up. Tapi kalau ikut firasat aku... paling cepat pun, bulan 4 kot. Entahlah...tunggu saja lah...
O yer... kepada kawan-kawan yang sudah pun mendapat offer letter untuk ke oversea... tahniah ler.Oklah takat sini dulu..
Sekain Wassalam.
JMD@yanbuKSA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment