Wednesday, February 25, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah.. My Birthday.

Bismi Allah.

Pada hari Jumaat 20hb Feb jam 9:30 pagi, 39 tahun yang lalu... di Kampung Jawa, Batu Mas, Pengerang, Kota Tinggi, Johor... maka lahirlah seorang bayi lelaki yang sihat lagi comel dari seorang ibu. Itu dulu.... iaitu pada tahun 1970. Nah, sekarang 2009... juga pada hari yang sama iaitu Jumat, maka genaplah usia bayi hensem tersebut 39 tahun...

So, hari ini ulangtahun kelahiran aku. Emm dah 39 tahun aku berada didunia ni.... Tahun depan dah 40 tau!!! Kalau ditanya azam...emm tak payahlah aku ceritakan... biarlah aku saja yang tahu...

Mengimbau semula zaman kanak-kanak, zaman sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, awal zaman perkerjaan, perkahwinan dan sekarang dah 4 orang anak.... emm baru terasa aku ni memang dah 39 tahun. Anyway Alhamdulillah kerana diberi peluang...

Disini aku ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih untuk isteri dan anak-anak aku kerana awal-awal lagi dah greet Hepi Besday. Kalau waktu sebelum kahwin... seluruh family aku memang tak sambut langsung benda-benda macam ni. Entah...dah memang style macam tu kot. Mak bapak aku pun tak pernah mengucapkan Hepi Besday pada aku....dan memang aku pun bukannya nak sangat.... Sebab tu aku pun bukannya ingat sangat... Biasanya...bini aku ler yang mengingatkan...

Anyway, at least ianya mengingatkan kita betapa kita semakin pendek usia...iaitu semakin dekat kepada kematian.....

Sekian Wassalam.

JMD@yanbuKSA

No comments: