Thursday, February 19, 2009

Ngomel Lagi

BismiAllah.

Emm dah tak tahu apa yang nak aku postkan dah...mungkin pasal aku sudah tidak kemana-mana lagi dah semenjak dok dalam shift ni. 2 hari off tu biasanya tak terserempak dengan diaorang yang masih dok normal day. So, nak ke Mekah or Madinah pun dah takde kaki dah. Anyway..insyaAllah bila semua sudah dok dalam shift nanti... mesti ada kaki untuk kemana-mana.

So far aktiviti aku cuma kerja, makan, tido jer.. Emm mulalah pulak rasa penat kerana terlebih tidur dah. Tapi yang bagusnya...fitness aku sudah semakin ok. Suara aku yang hilang pun sudah pulih kepada tahap 70% dah. Cuma belum boleh jadi imam solat lagi....pasal nafas masih belum boleh control. Anyway alhamdulillah kerana semakin pulih.

Untuk informasi kekawan.. plant kami semakin hampir kepada start up datelinenya. Furnace cuma tinggal lagi 3 belum di dry out. Crack Gas Compressor sudah hampir 2 bulan beroperasi for drying out activities up to chilling train and de-ethanizer tower. Ethylene Refrigerant Compressor sudah pun di solo run kan dengan successfulnya. ERC circuit pun sedang di drykan by N2. Begitu juga dengan Propylene Refrigerant Compressor.

Manakala loop check cuma tinggal beberapa folder saja lagi untuk dihabiskan. Functional check pun sedang giat rancak dijalankan. Storage area pun sama juga... Jangkanya kita akan start up plant (feed to furnace) pada April nanti...insyaAllah. Emm cepat start cepatlah kita boleh balik bercuti.

Oklah.. cukup takat sini untuk information sharing dengan kekawan di sini, mahupun disana.

Sekian Wassalam.

JMD@yanbuKSA

No comments: