Tuesday, March 3, 2009

Aku Dan Makan....

Bismi Allah.

Semenjak kerja shift ni.. berat badan aku menurun 4 kilo dah... Nak kata kurang tidur...emm tak mungkin, pasal aku ni kuat tidur. Kalau kerja pagi, pas isyak...aku terus membuta dari seawal jam 9 malam. Kalau kerja malam pun macam tu jugak. So waktu membuta aku tidak kurang dari 6 jam sehari.

Mungkin kerana kurang makan kot. Pasal makan ni, aku biasanya makan ikut mood. Kalau sedap...memang berseleralah aku makan...makan banyaklah tu! Kalau kurenngg... aku makan sikit jer. So far, kalau kerja shift pagi... makan memang terjamin. Sarapan dan makan tengahhari memang dah siap... (supply by Lobo). Alhamdulillah...

Tapi kalau kerja malam, makan agak susah sikit. Biasanya pada sebelah siangnya... kadang-kadang makan maggie jer. Kadang-kadang makan McD jer. Tengok kerajinan lerr. Atau kadang-kadang aku masak.... heheh tengokler gambor kat bawah tuuu... Mesti geng-geng Radwa 3 tak caya nih..


Gambar: Ni posing jer...yang masak bukan aku...hahaha aku bahagian makan jerr....

Macam gini lah gayanya bila mengharungi hidup tanpa bini di sisi... ewahh. Anyway, its okey bagi aku...pasal aku ni pun bukannya kaki makan... tak caya tanyalah bini aku. Aku ni makan apa yang ada jer. Tak de demand2... Dah memang aku dari keluarga yang macam tu kot. Apa bapak aku beli... mak aku masak. Apa mak aku masak...aku makan..

Ehh cerita makanlah pulak...

Sekian Wassalam.

JMD@yanbuKSA

No comments: