Sunday, March 29, 2009

Kundang Ulu Man And His Car

Bismillah...

Kali ini aku nak bercerita pasal keteta pulak... Bukan apa cuma nak bagitau kat kawan-kawan disana bahawa Multazam 'Kundang Ulu' dah beli kereta sendiri. Perghh belum pun 1 tahun kerja di KSA ni, dia dah mampu pakai kereta sendiri. Bukan hutang tau... CASH beb!!! Anyway aku tumpang berbangga dan tumpang kereta dia jer lah... hahaha.

Ramai juga kawan-kawan kita disini yang sudah memiliki kereta sendiri... Emm tak payahlah aku mention nama diaorang tu... Tapi memang dah ramai...lebih dari 15 orang.

Haa inilah plate number kereta Ijam kat Arab ni. Dal Waw Alif 409. Nombor cantik tuuu..

Haaa tu dia tuan punya kereta... Hj Multazam. Aku tumpang berbangga pasal kampung dia dekat dengan kampung aku. Kundang Ulu, Muar lebih kurang 30 minit jer dari Chemplak tu. Sesiapa yang masih ingat dengan kumpulan motor 'FC Corner'? Haa itulah kerapatan Chemplak dengan Kundang Ulu.

Kereta Ijam ni berjenama Mitsubishi Galant VR4 Super Salon. 4 cylinder NA. Kalau kat Malaysia, kereta model ni masih mahal lagi... Paling tidak pun 30 40 ribu kot...
Aku, bila pulak nak beli kereta nih? Emm bukan tak nak...tapi lum mampu. Bila duit dah cukup untuk pakai Chevrolet Lumina SS atau Dodge Charger nanti... insyaAllah aku akn beli juga. Tapi aku plan nak ambik Harley Davidson dulu untuk dibawak balik ke Malaysia. Kat sini HD ni murah banyak.
Oklah sampai takat sini dulu...
Sekian Wassalam.

No comments: