Monday, March 16, 2009

Rumah Baru

Bismi Allah.

Selama lebih seminggu aku tidak update blog ni.. Selain sibuk dengan kerja, aku juga sibuk kerana berpindah rumah dari Radwa 3 ke As-Subh. So, malam tadi merupakan malam ke-3 aku tidur di bilik baru yang luasnya 2 kali ganda daripada bilik sebelumnya.

As-Subh ni masih lagi di provinc RC. Ianya merupakan tempat tinggal golongan elit orang arab di RC ni. Kalau kita cakap kita ni stay di As-Subh... diaorang akan tanya 2 3 kali. "Kau tinggal di As-Subh?"... Macam tak caya jer budak-budak arab yang kita ni, Malaysian pun mampu duduk disitu. Rumah-rumah di As-Subh ni, bunglow-bunglow yang bernilai lebih 2 juta belaka.. yang letaknya di tepi laut merah. Tu pasal diaorang macam tak caya jer..

So, rumah kami ni dilengkapi dengan swiming pool, taman bunga, bilik driver dan macam-macam lagi. 4 tingkat dengan 10 bilik semuanya... Belakang umah terbentang red sea.


Haaa inilah gerbang pintu depan untuk memasuki rumah kami...
Inilah taman bunga yang masih dalam pembikinan...

Ini pulak kolam renang yang aku cakap tadi... Malam-malam kita boleh terjun kolam...
Ini garage 2 pintu... pakai motor lagi. Boleh dimuatkan dengan beberapa bijik GMC Suburban..

Yang ini main kitchen. Kabinet memang sudah tersedia... Cuma masukkan dapur, peti sejuk

Yang ini salah satu bilik... Masih bersepah pasal lum beli geobok lagi daa...

Pendek kata... memang mewah rumah baru kami ni... cuma ianya agak jauh dari kedai dan mesjid. Mesjid terdekat sedang dibina... Manakala line internet pun masih belum di pasang. Nasib baik dalam bilik aku ni boleh terima gelombang WiFi sesat...dari mana aku pun tak tahu. Yang bestnya, cuma bilik aku dan bilik Jaafar jer yang dapat WiFi sesat ni...

Oh yer... terlupa pulak nak cerita... kenapa kitaorang ni berpindah? Emm ada beberapa perkara yang menyebabkan kami ni terpaksa berpindah. Antaranya ialah, rumah di Radwa 3 tu selalu sangat dimasuki orang yang tidak dikenali. Lately, tong gas dapur pun dikebasnya... Emm tak boleh jadi ni... so kitaorang pun berpindahlah ke sini...
Oklah sampai sini dulu...
Sekian Wassalam,

2 comments:

Zainuddin Wahab said...

apa laa kau baru duk umah besau sikit dah lupa letak nama geng sebilik kau....riak ler tuee

Anonymous said...

tu la pasal din..tang dia selalu lepak kat bilik aku pun dia tak cita kat sini..
++kagum tgk jais dah pandai mengemas sejak pindah umah baru..untung kakak..