Wednesday, June 25, 2008

Larangan Dalam Agama - 16 Jun 2008

Menyebut keburukan orang kafir? Boleh atau tidak?

Munurut pendapat Ulamak, "Adapun seorang kafir yang matinya dalam keadaan kafir, adalah dibolehkan kita melaknatnya secara umum. Melaknatnya secara individu adalah dilarang, melainkan individu-individu yang sudah pasti kekafirannya sebagaiman yang disebut namanya di dalam al-Quraan seperti Firaun, Abu Lahab dan etc. Ini kerana barangkali individu kafir tadi beriman disisi Allah".

Ada 4 kondisi keislaman seseorang itu, iaitu:
1. Islam disisi masyarakat, Islam disisi Allah.
2. Kufur disisi masyarakat, kufur disisi Allah.
3. Beriman disisi masyarakat, kufur disis Allah (sifat Munafik).
4. Kufur disisi masyarakat, beriman disisi Allah.

Dengan demikian, tidak dibolehkan bagi kita untuk menkafirkan, melaknat, mendakwa ahli neraka terhadap seseorang individu. Kita hanya boleh menyebut, misalnya "Perbuatan kamu ini perbuatan ahli neraka/orang kafir/yang dilaknat" dengan tidak menyebut namanya.

Manakala suatu yang Allah dan Rasul-Nya melaknat, maka wajib kita melaknat sama. Tidak boleh bagi kita menyimpatinya. Misalnya, Allah melaknat perempuan yang menyerupai lelaki (tomboy) atau lelaki yang menyerupai perempuan (mak nyah,bapok). Kita mesti membenci 2 golongan tersebut, bukan tumpang seronok pulak!!

WaAllahuaklam

No comments: