Bismillah. Alhamdulillah dan selawat serta salam keatas junjungan baginda Rasulullah SAW.
Firman Allah; "Apakah mereka cemburu kepada manusia di atas apa yang diturunkan kepadanya?". Ayat ini diturunkan kepada orang yahudi yang mendakwa mereka sebagai manusia pilihan, manusia terbaik. Mereka rasa tidak puas hati, cemburu setelah turunnya ayat: "Umat Muhammad adalah sebaik-baik umat kerana mereka menyeru kepada kebaikan (suruh buat baik) dan mencegah kemungkaran. Beriman sebenar-benarnya terhadap Allah".
Sifat menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran inilah yang tidak ada pada lain-lain umat. Beruntunglah mereka yang bersifat dengan sifat demikian. Sifat yang menjadi tanda kepada sebenar-benarnya iman terhadap Allah justeru menjadilah kita sebaik-baik umat.
Hadis riwayat Abu Daud; "Jauhilah sifat hasad yang akan menghapuskan segala pahala kebaikan yang ada pada kamu".
Begitulah bahayanya sifat hasad. Ada riwayat yang menyebut 'umpama api yang di makan kayu api' atau 'umpama api yang membakar rantingan kering'. Pokoknya, ia memusnahkan segala amalan kebaikan yang ada pada kita.
Adapun ulamak memgariskan kaedah untuk kita menghilangkan sifat hasad tersebut:
1. Sebarkan salam. Ucapan salam akan menerbitkan rasa kasih sayang diantara kamu.
2. Mengajak makan bersama.
3. Amalkan ziarah-menziarahi (sekali-sekala).
4. Bersama-sama membuat kebaikan, seperti solat berjemaah, bergotong-royong dan seumapanya.
WaAllahuaklam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment