Bismillah.
Berikut adalah pembahagian neraka dan siapakah yang akan mengisinya yang dipetik dari hadis panjang dari Anas bin Malik. Malaikat Jibrail datang menemui Rasulullah lalu menceritakan secara terperinci darihal neraka. Neraka itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagian yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan. Siapakah penduduk masing-masing pintu? Tanya Nabi kepada Jibrail.
Pintu #1 (yang paling bawah) bernama`ALHAWIYAH: Diisi oleh orang munafik, orang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa dan ahli keluarga Firaun.
Pintu #2 bernama JAHIM: Diisi oleh orang musyrikin.
Pintu #3 bernama SAQAR: Diisi oleh arang shobi'in.
Pintu #4 bernama LADHA: Diisi oleh Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi.
Pintu #5 bernama HUTHOMAH: Diisi oleh orang yahudi.
Pintu #6 bernama SAIER: Diisi oleh orang kristian.
Kemudian Jibrail berdiam kerana segan pada Rasulullah sehingga Nabi bertanya: "Mengapa tidak engkau terangkan penduduk pintu yang ke-7?
Pintu #7 bernama JAHANAM: Didalamnya orang-orag yang berdosa besar dikalangan umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.
Mendengarnya Nabi SAW jatuh pengsan sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi kepangkuannya. Sesedarnya baginda, Nabi bertanya lagi, "Ya Jibrail sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umatku yang akan masuk kedalam neraka? Jawab Jibrail, "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dikalangan umatmu".
Kemudian Nabi menangis, Jibrail juga menangis.
WaAllahuaklam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment