Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Darda, "Apabila seorang hamba-Ku merencanakan (hamma) untuk melakukan satu kejahatan, janganlah kalian tuliskan satu dosa atasnya. Tetapi apabila dilaksanakan, barulah dituliskan satu kejahatan. Dan apabila ia merencanakan untuk melakukan satu kebaikan, lalu tidak dilaksanakannya, tulislah satu kebajikan. Tetapi jika dilaksanakan, maka tulislah sepuluh kebajikan." - Hadis qudsi.
'Hamma' bermaksud berkehendak dan bersiap untuk mengerjakan. Ianya adalah kecendurungan batin yang mengandungi unsur kepastian. Ada enam jenis kecenderungan batin pada diri manusia, iaitu:
1. Haditsun-nafsi - iaitu lintasan-lintasan dalam batin.
2. Hajis - iaitu suara sukma yang lebih menonjol dan lebih kuat dari lintasan batin.
3. Khatsir - Iaitu hajis yang sering menonjol di dalam hatu.
4. Al-hammu - iaitu kecenderungan batin yang sudah mengandungi unsur kepastian untuk dilaksanakan, namun perlaksanaannya masih dalam peringkat ragu-ragu.
5. Al-'Azmu - iaitu maksud perlaksanaannya sudah kuat atau lebih kuat dari Al-hammu.
6. Al-Jazmu - iaitu tidak ragu-ragu untuk mula melaksanakan maksudnya.
Catatan Kejahatan
Tidak akan dituliskan satu kejahatan selagi ianya hanya satu rancangan yang belum dilaksanakan. Malah sekiranya rancangan jahat itu terbatal atas sebab ketakwaannya, sedangkan dia sanggup untuk melaksanakannya, akan ditulis baginya satu kebajikan.
Bagaimanapun ada sebahagian ulamak berpendapat bahawa orang yang berazam melakukan maksiat dengan hatinya dan bersedia untuk melaksanakannya, sebenarnya ia teh berdosa, meskipun belum melaksanakannya. Pemaafan hanya di batas al-hammu yang hanya lintasan di hati, belum menjadi azam.
Catatan Kebajikan
Merancanakan untuk berbuat kebaikan dan kemudiannya tidak dilaksanakan atas sebab, maka sudah ditulis satu kebaikan baginya. Ini mejana kecenderungan diri untuk sentiasa berniat untuk berbuat kebaikan. Apabila Allah memberikan taufikNya, sehingga seseorang itu terus melaksanakan rancangan kebaikannya tadi, maka dituliskan sepuluh kebajikan baginya.
Darjat pahala adalah mengikut keikhlasan sesorang. Maka pahala yang diterima mungkin sepuluh kali ganda, seratu kali hingga 700 kali, bahkan mungkin lebih.
WaAllahuaklam
No comments:
Post a Comment