Bismillah. Kuliah hari ini Ustaz mulakan dengan ayat-ayat tentang larangan riba. Diantaranya:
"Orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong-hayang kerana (kerasukan) syaitan itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba." Oleh itu sasiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya, lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah SWT. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." Al-Baqarah 275
Firman Allah tersebut, menurut ulamak adalah ayat yang tidak mampu dipinggirkan akan perintah Allah yang secara terang mengharamkan riba. Allah menerangkan bahawa, balasan kepada mereka adalah:
1. Tidak dapat berdiri teguh diakhirat kelak, seperti kerasukan syaitan. (menunjukkan azab)
2. Pengambil riba seolah kerasukan syaitan sehingga lupa kemungkaran riba itu. Pendek kata macam tidak rasa apa-apa pun!
Apa bezanya riba dan jual beli? Tidakkah kedua-duanya sama saja iaitu mengambil untung? Bezanya adalah Allah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba. That's it!! Ia umpama kita makan ayam yang orang islam sembelih dengan yang orang kafir sembelih. Secara 'bodo'nya, sama saja. Ayam sembelih jugak, yer tak? Jawabnya sama seperti diatas. Tapi kalau bab sembelih ni... kita very teliti sikit. Walhal apa beza dengan riba tadi?
Lastly Allah SWT warning mereka yang sudah tahu tentang haramnya riba, tapi masih involve juga lagi.... nerakalah tempatnya. Mereka kekal didalamnya.
Perhatikan perkataan kekal didalamnya tu... maknanya satu level dengan orang kafir!!!! Nauzubillah. Kaedahnya begini, 'Sesiapa yang tahu dan tidak memperdulikan larangan Allah, samalah dengan maksud menghalalkan apa yang diharamkan Allah'. Jadi kafir lalu kekallah di dalam neraka.
Rasulullah bersabda: " Allah melaknat orang yang memakan riba, yang memberi, kerani dan saksinya. Semua mereka sama sahaja."
Laknat yang dimaksudkan disini ialah dosa besar. Emm macam bunyi biasa jer dosa besar tu yer. Apa tu dosa besar? Perbuatan dosa besar membolehkan pelakunya menjadi kufur!! Dan ubatnya mestilah bertaubat.
Sebaik-baiknya, kita mengenalpasti apakah perkara yang masih ada unsur riba didalam urusan hidup kita. Berusahalah menjauhinya. Tidak mampu sekali gus, buatlah sedikit demi sedikit. InsyaAllah mudah-mudahan Allah beri tunjuk kepada kita jalan-jalan untuk menyelesaikannya.
WaAllahuaklam
No comments:
Post a Comment