Bismillah dan Assalamualaikum semua. Untuk makluman artikel ini aku copy dari laman tranungkite yang ditulis oleh Is987, published pada 16 Jun 2008. Ianya agak menarik bagi aku...Koarang aku tak tahu lah pulak. Mungkin juga satu hari nanti kita dah tak pakai minyak dah. Sebagaimana sebelumnya kita mengunakan arang misalnya. Tengok saja revolusi keretapi. Barangkali akan ada sesuatu bahan ganti kepada petroleum suatu hari nanti... WaAllahuaklam.
Terikut-ikut dengan alasan dunia, Malaysia untuk menghalalkan tindakan kerajaan lembab pimpinan Abdullah Badawi yang sentiasa mengantuk dan Barisan Nasional untuk menaikkan harga minyak menakut-nakutkan rakyat bahawa minyak adalah sumber yang akan habis. DiMalaysia dikatakan minyak akan habis unjurannya pada 2014. Tanpa memberitahu bahawa penerokaan ke atas telaga-telaga baru dan beberapa lagi telaga yang telah dijumpai, kerajaan mahu rakyat suka dengan harga minyak yang naik dengan alasan untuk masa hadapan anak cucu yang tak ada lagi hasil minyak.
Benarkah kenaikan harga minyak boleh dijustifikasikan dengan bakal kehabisan simpanan minyak?. The Star dalam laporannya bertarikh 5 June memetik kata-kata Idris Jala, Pengerusi MAS yang pernah menjadi senior executive syarikat Shell Plc di London selama 20 tahun menyatakan 'There's no global fuel shortage'. Idris yang digelar sebagai bekas 'ex-oil man' menyatakan kenaikan harga minyak di pasaran dunia hanyalah semata-mata kerana spekulasi.
Benarkah simpanan minyak dunia akan habis termasuk dalam negara kita. Teori pakar minyak mungkin begitu. Izinkan tulisan ini memberi pandangan kedua. Bagi negara-negara dan rakyat yang beraqidah yang yakin bahawa segala hasil mahsul di bumi ini adalah ciptaan Allah sepatutnya tidak mengasingkan kajian mereka dengan aqidah.Mengikut ilmu dangkal yang saya belajar sedikit-sedikit masa sekolah dulu, kononnya petroleum ini terhasil dari fosil tumbuhan dan haiwan yang mati BERJUTA-JUTA tahun dahulu. Betul ke?. Mari kita kira. Oleh kerana pakar-pakar minyak gunakan logik akal dalam mengkaji, maka kira-kira ini juga melibatkan logik akal.
Dari zaman ADAM sebagai manusia pertama diciptakan, agaknya berapa lama umur bumi ini? Ada 25 Rasul yang wajib kita percaya dalam Aqidah kita. Dari Nabi Muhammad saw sampai sekarang jumlah tahunnya 1600 tahun. Nabi yang paling panjang umurnya adalah Nuh a.s iaitu 1000 tahun. Kita ambil secara puratanya setiap Rasul umurnya 1000 tahun termasuk sela masa diantara seorang Rasul dengan lainnya. Maka 25 x 1000 = 25 000 tahun. Tidak mengapa jika anda mahu menambah 100 000 tahun. Maka jumlah usia bumi dan alam dari nabi Adam a.s hingga sekarang adalah 126, 600 tahun. Katakan lah Allah telah menjadikan dunia ini sebelum Adam diturunkan lebih awal. Adakah logiknya sehingga berjuta-juta tahun, maka fosil haiwan dan tumbuhan itu dikatakan telah mati berjuta-juta tahun dahulu sebelum berubah menjadi petroleum?
Kedua. Jika benarlah ilmu terjadinyanya petroleum itu kerana fosil haiwan dan tumbuhan tadi, maka sudah tentu semua tempat di dunia ini mudah ditemui minyak. Tetapi mengapa hanya negara-negara yang yang didiami oleh umat Islam sahaja yang ditemui minyak. TIDAK KAH MINYAK INI ANUGERAH ALLAH KEPADA UMAT ISLAM UNTUK MENGUASAI EKONOMI DUNIA?
Jika Allah yang menentukan kejadian Petroleum ini, tentu Allah mempunya sebabnya menganugerahkannya kepada Islam yang tidak kita ketahui. Oleh kerana kita tidak tahu hikmah Allah anugerahkan petroleum kepada ummat Islam, maka kita juga tidak boleh mengaku tahu bahawa dunia akan kekeringan petroleum. Yang mengetahuinya hanyalah Allah. DUNIA DAN MALAYSIA AKAN KEHABISAN PETROLEUM ADALAH TIPUAN DARI SEGI TEORI YANG BELUM DIBUKTIKAN. Mengapa kita terikut-ikut."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment