Wednesday, August 20, 2008

Contract Signing

sabtu, 16 aug: Pada pagi ini kami terus dibawa oleh driver menuju ke Ibnu Rushd office untuk menandatangani contract. Lebihkurang jam 9 pagi kami tiba dilokasi. Emm tak banyak cerita apa yang diaorang tulis dalam kontrak tu...kita sign ajalah. Tak sign kang, dia hantarnyan balik pulak. Ye tak?



Posing di depan Danat Hotel sebelum ke Ibnu Rushd office.
Antara yang menandatangani kontrak kerja dengan YANSAB.Inilah dia kontraknya. Perlu di initial on every pages. Macam beli kereta daa..
Selepas menandatangai kontrak tersebut kami dibawa ke PMC (aku pun tak tahu amenda PMC tu). Lebih kuran macam admin opis di site lah... Apa-apa hal kami makan dulu. Alamak makan tengahhari pun western style. Kalau arab style ok lagi... Menunye, nugget, sandwich, kentang goreng, burger,dan yg sewaktu dengannya. Alamak tak bestnya.

Kemudiannya di sebelah petang, kami cuma ambik forms yang perlu diisi untuk apply ID badge, advance cash dan tah apa-apa tah lagi. Sok kami akan dibawa pulak untuk buat medical check up.
Wassalam

No comments: