Wednesday, August 20, 2008

First Jumaat di KSA

Bismillah. Hari ini merupakan hari ke-2 aku di KSA dan jumaat pertama di KSA. Aku bangun awal sikit kerana malam tadi aku bantai tidur saja... Badan pun masih macam dedar je.


Selepas sarapan kami pergi melawat rumah yang bakal disewa. Lokasinya di RC radhwa 3. Besar giler rumahnya. Washing machine, peti sejuk, air cond, gerobok baju... semuanya provided. Internet line pun ada. Itu yang penting sekali tu.
Tengaharinya siap-siap untuk ke mesjid for jumaat. AEmm kenalah menapak. Jauh jugak tu.. lebih kurang dari rumah aku kat scientex tu dengan mesjid polyteknik JB.


Cuba teka gambar siapakah yang tertera diatas?

Menapak untuk ke mesjid di tengah panas... emmm banyak pahalanya tu.

Pengalaman bersolat di KSA. Orang arab ni datang mesjid awal beberapa jam dari masuknya waktu. Mereka akan membaca al-quran sampailah mula khutbah. So, khutbahnya dalam bahasa arab... kitaorang dengar angguk aje lah. Anyway.. pengalaman yang menarik. Dengar cerita next jumaat kami akan solat di Masjid Nabi di Madinah. InsyaAllah..

Berposing di depan mesjid di bandar Yanbu... Memang seronok. Pada malamnya, aku tidur awal sikit kerana esok dah start berkerja. Esok akan ada sesi sign contract di Ibn Rudsh.

Wasalam

No comments: