Bismillah. Oleh kerana kami sampai pada pagi khamis (off day), maka kami tidaklah terus diheret ke tempat kerja. Ada 2 hari untuk berehat-rehat. So ini adalah hari pertama aku di KSA. Bangun tidur terua menuju ke restoran untuk makan pagi.
Inilah sarapan pagi yang pertama aku di KSA. Oklah jugak pasal bila aku sampai sini aku memang dah tinggalkan teaste orang Malaysia. Apa dia hidang, aku belasah. Kemudian petangnya aku dibawa jalan-jalan oleh Yazid di pekan Yanbu (balad).
Bercerita pasal pekan di sini.. yang menariknya ialah susah nak terserempak perempuan. Boleh dikatakan hampir tidak ada. Rata-rata jantan jer. Kalau restoran dia ada khususkan untuk family. Malah bank pun dia ada ladies branch. Haa tu yang hebat tu..
Kalau cerita pasal memandu pulak... fullamak.. ngeri aku beb. Diaorang ni sembarang jer...tapi tak gaduh. Benda biasa...
Oklah lain kali cerita lagi.
Wasalam
No comments:
Post a Comment