Thursday, August 21, 2008

Medical Check up

17aug2008, Ahad: Hari ini kami akan dibawa terus ke hospital al_Ansari di area RC juga. Dekat je dengan YANSAB tu... Sampai jer terus register nama untuk diambil darah, air kencing, stool dan x-ray. Hospital al-Ansari ni adalah hospital swasta. Perkerjanya (nurse) ramai orang luar, terutamanya dari Filipina. Kat sini lah nak tengok perempuan tak berhijab. Tu pun bukannya orang arab... orang luar.

Nursenya pulak kalau cucuk nak ambil darah... bukan main ganasnya. Naik sengal tangan aku. Selepas ambil darah, kenalah pulak tune untuk melabur untuk dapatkan sample stool... Jenuh jugak nak dapatkan tuningnya tu. Selesai sample stool dan urine, kenalah pulak check blood pressure. Akhirsekali ialah x-ray. Then selesai!
Selesai saja semuanya, kita pun terus cari makanan. Maklumlah berpuasa dari malam tadi untuk buat blood test. Emm sebelum ni aku buat blood test tak pernah berpuasa dulu. Anyway semuanya selesai (seramai 14 org) sebelum masuk waktu zohor. Alhamdulillah kira cepat juga tu.. Cuma mintak jangan fail medical check up tu... Kalau tidak kena balik beb.....
Selain dari itu, hari ini adalah hari terakhir kami stay di danat hotel. Pas tu kami akan di halau dari hotel untuk tinggal di rumah sewa. So malam tu Lobo, Hj Azhar dan Rosle tolong aku dan Nordin berpindah ke rumah KY. Sebelum tu Lobo belanja kami makan di restoran...pekena nasi kambing. Emmm sedap seyy.
Kerja memindah siap pada jam 11 malam. Pas tu keletihan menyebabkan mata aku tak larat untuk dibuka. Terus saja tidur. Rumah ni takde dapurlah pulak. Tu yang spoil tu...
Wassalam

No comments: