Adapun tujuan kami ialah untuk berbuka dan mengerjakan solat tarawih disini. Lagi pun hari liburan sebegini, apa saja yang nak kita buat selain pergi berziarah ke Madinah ataupun ke Mekah. Cuma Mekah agak jauh sedikit berbanding Madinah. Bagi aku, ini adalah kali ke-3 aku ke sini dan kali ke-2 berbuka dan bertarawih disini.
Selesai berjemaah asar, aku bersiar-siar di kawasan sekitar mesjid, sambil jengah-jengan juadah mana yang hendak dijamah. Sememangnya di bulan Ramadhan ini, ramai orang-orang kaya Arab ini mensedekahkan makanan kepada jemaah yang berbuka disini. Macam-macam hidangan yang ada. Pilih sajalah mana yang berkenan dihati.
Selepas berbuka, kami terus mengerjakan solat maghrib di dataran luar mesjid. Kemudian kami merayau-rayau mencari air panas untuk diminum. 1 jam sebelum masuknya waktu isyak, kami bergegas memasuki mesjid... biasalah..kalau lambat, alamat solat kat luarlah jawapnya.
Selesai berterawih, kami mengambil sikit kesempatan untuk membeli belah. Namun demikian, shoppingnya agak terbatas, kerana poket tengan mengecut. Belum gaji lagi daa...
Lebih kurang jam 12 malam, kami bertolak balik ke Yanbu, dan selamat sampai dirumah pada jam 2 pagi...
Sekian Wassalam
No comments:
Post a Comment