Bismillah.
10 akhir Ramadhan kembali lagi. Masih lagi kita diberi kesempatan untuk diberi peluang meraih ganjaran besar yang tidak ditawarkan kepada umat selain umat Nabi Muhammad SAW. Inilah antara kelebihan umat Nabi akhir zaman ini. Alhamdulillah, kita diantara manusia yang diberi peluang tersebut.
Bagaimanakah kita mempergunakan peluang ini untuk mencari malam tersebut? Hari-hari akhir itulah yang kita disibukkan dengan persiapan untuk menyambut hari raya. Saat itulah kita sibuk dengan mengecat rumah, membeli-belah dan macam-macam aktiviti untuk mememenuhi persiapan. Akhirnya kita tidak mampu untuk berjaga malam untuk iktikaf dan bersolat malam di mesjid. Begitulah yang berlalu seperti tahun sebelumnya.
Dalam meneka malam lailatulqadar, macam-macam teori dan cerita yang kita dengar. Ada yang kata 21lah, 23lah dan macam-macam lagi dengan alasan mereka yang tersendiri. Dalam hal ini, aku memegang kata-kata ustaz kami iaitu, "Ia umpama 10 hidangan. Untuk menentukan hidangan mana paling sedap, kita perlu memakan kesemua 10 hidangan tersebut. Kita tidak boleh kata hidangan ke-3 paling sedap, sedangkan 7 selebihnya kita tidak merasainya?". Kesimpulannya, kita mesti melalui kesemua 10 malam terakhir tersebut, lalu meneka yang mana satu terkandung lailatulqadar didalamnya. Kan itu lebih baik? Walau malam apa pun jatuhnya lailatulqadar, kita diantara hamba-Nya yang tergolong didalamnya.
Kalau disini, KSA, ramai pak Arab-pak Arab bercuti untuk memastikan mereka tidak tertinggal untuk mendapatkan ganjaran besar tersebut. Awal-awal lagi mereka dah book hotel di Madinah atau Mekah bagi tujuan tersebut. Ada sahabat Arab kami, dia spent 10 ribu riyal untuk 10 malam di Madinah sekeluarga. Mereka tidak berkira mengeluarkan wang ringgit untuk jalan Allah. Tapi kita tidak berkira mengeluarkan wang ringgit untuk sport rim bagi mencantikkan kereta kita yang tak seberapa tu. Alaahai... kita. Selalu berkira bila ianya untuk agama. Kita tidak yakin dengan janji Allah bahawa setiap ringgit dikeluarkan kerana-Nya, akan dibalas dengan berlipat-lipat kali ganda. Caya tak?
Itulah sifat orang beriman yang sebenar-benarnya, yang sentiasa memperbaiki diri dalam amalannya. Hari ini akan lebih baik dari semalamnya, dan berazam untuk lebik baik pada hari esoknya. Emm bukan senang tu... Tapi insyaAllah, kita boleh. Jadikan ILMU sebagai pemandu AMALAN kita. Setiap perbuatan amal kita sentiasa dipandu oleh ilmu (al-quran dan sunnah).
Sebenarnya aku sikit terkilan kerana tidak dapat bersama-sama rakan berqiamulai di al-Bararah seperti tahun-tahun lepas. Sahabat aku kata sekarang ini, lagi ramai yang mengikuti program tersebut. Ahhh cemburunya aku. Ada juga rakan yang bercuti kerja semata-mata hendak dapat mengikutinya. Tabik spring pada dia. Mudah-mudahan mereka dapat apa yang dicari, insyaAllah.
Sekian
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment